Tahun ini adalah momen bertuah buat empat gadis anggota kumpulan BlackPink. Ombak populariti mereka bukan sahaja dalam Korea sahaja. Malahan, terbang ke seluruh dunia. Kesemua anggota kumpulan muzik itu mempunyai peminat yang berbeza-beza. Serta, dihinggap oleh jenama besar yang berlainan. Siapa tidak mahu digandingkan dengan jenama ikonik dunia Dior? Jisoo daripada BlackPink paling bertuah, menjadi gadis pilihan Dior untuk kempen Lady Dior eksklusif Asia.
Ini mungkin lembaran fesyen eksklusif Jisoo bersama Dior. Namun, bukanlah pertama kali dia menjinjit beg ilham Dior. Jisoo dilihat berkali-kali dirakam dengan gaya beg Dior. Sudah menjadi sinonim buat penyanyi asal Korea ini dengan gaya beg rekaan Maria Grazia Chiuri. Dia sebelum ini pernah melaram dengan beg Dior seperti Dior St. Honore, Dior Book Tote juga Dior Bobby. Semestinya Jisoo daripada BlackPink ini ada beg Dior Saddle yang menjadi item paling hangat dan mesti ada jika anda peminat setia Dior.
Paling terbaru, Jisoo sempat merekam lembaran fesyen buat salah satu majalah di Korea. Terus, imejan itu diangkat menjadi medium eksklusif Jisoo dan Dior. Paling penting adalah, dia dirakam bersama beg Lady Dior yang sememangnya paling ikonik. Ia menjadi kegilaan ramai wanita kerana, Lady Dior ini sering kali menjadi pilihan utama mendiang Lady Diana. Juga, EH! dapat tahu yang nama Lady Dior mendapat ideanya daripada Lady Diana sendiri. Sekarang, kita ada Lady yang baru, Lady Jisoo!
Pautan Berkenaan: 5 Beg Ini Adalah Sambaran Gadis Media Sosial