Lady Dior, tas tangan ikonik sepanjang zaman terus diraikan dan terbaru kempennya diwakilkan oleh wajah global masa kini, Jisoo.
Berpadanan helaian dominasi hitam, Jisoo dijelmakan bersama padanan tas tangan Lady Dior yang bervariasi tekstur dan kemasan. Lady Dior jika dibuka kembali lipatan sejarahnya, ia sangat sinonim dengan ikon-ikon wanita global termasuklah Lady Diana. Malah kerana Lady Diana lah beg ini dinamakan sebagai Lady Dior.
Sebelum mendapat nama barunya itu, Lady Dior dinamakan sebagai The Chouchou. Beg tangan ini dihadiahkan oleh wanita pertama Perancis pada waktu itu, Bernadette Chirac buat Puteri Diana sewaktu lawatannya ke Paris untuk satu acara di Grand Palais. Pada waktu The Chouchou belum lagi dijual kepada umum. Beg Lady Dior menjadi masyhur selepas Puteri Diana dilihat kerap menggayakannya, dan pada tahun 1996 secara rasminya The Chouchou bertukar nama.
Sejak dari itu sesiapa saja yang duduk di kerusi pengarah kreatif Dior pasti mengolah penampilan rupa Lady Dior , dari John Galliano, Raf Simons hinggalah yang terkini Maria Grazia Chiuri.
Himpunan Lady Dior yang Jisoo gayakan di dalam kempoen terbaru ini adalah satu interpretasi baru Maria Grazia buat Lady Dior. Jisoo ditampilkan dalam gaya nan cukup minimalis, menunjulkan elemen ringkas penuh kawanitaan. Dirkamkan oleh jurugambar Bibi Borthwick, lady Dior yang digayakan Jisoo tampil dengan elemen rock bila mana perincian metal mendominasi salah satu rekaannya. Saya fikir ini antara Lady Dior yang akan menjadi kegilaan orang muda, selain trendy malah malar segar. Pelaburan gaya yang akan relevan untuk jangka masa panjang.
BACA: MTV VMAs 2024 Dibanjiri Selebriti Dengan Gaya Menangkap Mata!