Tommy Hilfiger menyambut ketibaan tahun kuda dengan penuh stail bersama penyanyi, pelakon dan ikon global, Jisoo menerusi kolaborasi fesyen eksklusif.
Sempena Lunar New Year 2026, Tommy Hilfiger memperkenalkan koleksi kapsul khas untuk lelaki dan wanita. Mengangkat nilai kebersamaan yang menjadi teras tradisi, Jisoo kembali berkolaborasi bersama Jenama fesyen Amerika ini untuk meraikan detik penuh makna sambil mempamerkan gaya klasik yang malar segar, relevan namun masih ada sentuhan moden.

Koleksi Lunar New Year 2026 ini diinspirasikan oleh semangat tahun kuda yang dikaitkan dengan Tahun yang penuh tenaga, kebebasan, kekuatan dan simbol kejayaan. Antara helaian yang menyerlah dalam koleksi inialah polo yang diberi sentuhan baharu, crewneck yang bersahaja dan chino yang kemas, sesuai digaya secara berlapis untuk setiap suasana perayaan. Palet merah terang dan biru bold pula menyerlahkan vibe optimistik musim perayaan, menggabungkan gaya ikonik Tommy dengan sentuhan kontemporari.
SENTUHAN SANTAI MODEN & TIMELESS
Dengan gabungan elemen playful dan elegan yang menjadi signature-nya, Jisoo menghidupkan koleksi ini dalam jaket varsiti kulit hitam dipadankan dengan mini shirt dress twill serta but paras lutut, gaya nan bold tapi chic.
Untuk mood Tahun Baharu yang lebih refined, JISOO tampil dalam jaket quilted rona ivory dengan butang emas, digayakan bersama polo rajut berjalur merah-putih dan skirt mini pleated hitam, dilengkapkan dengan loafer klasik. Look ini mencerminkan gaya preppy moden yang yakin dan cool.
Selain koleksi global Tahun Kuda, satu kapsul eksklusif Lunar New Year 2026 turut dicipta khas untuk rantau Asia Pasifik. Koleksi ini menampilkan logo tali yang diinspirasikan daripada arkib TOMMY HILFIGER serta warisan nautika jenama, membelit secara elegan di sekeliling tapak kuda, satu simbol pertemuan tradisi timur dan barat.
Untuk lelaki dan wanita, koleksi ini mengetengahkan item statement seperti baju-t, sweater lembut dan kardigan cozy yang mudah digayakan, semuanya bergantung pada vibe masing-masing.
Koleksi Lunar New Year 2026 akan mula dijual di tommy.com dan butik Tommy Hilfiger.


