Swarovski membuka lembaran baharu menerusi pembukaan semula butik ikoniknya di Suria KLCC, sekali gus memperkenalkan kempen dan koleksi terbaharu, Swarovski Summertime 2026. Bersempena detik istimewa ini, EH! mengajak para pembaca untuk menjadi antara yang terawal meraikan pengalaman baharu Swarovski dalam satu acara eksklusif!
Koleksi Swarovski Summertime meraikan musim panas yang penuh kegembiraan menerusi permainan warna-warna terang, rekaan yang berani serta elemen yang diinspirasikan daripada dunia manisan dan buah-buahan. Koleksi ini menampilkan aksesori dalam rona candy-coloured yang menyerlah, charms berbentuk buah-buahan serta simbol-simbol ceria yang membangkitkan rasa optimis dan ekspresi diri.
Bersempena pembukaan semula butik Swarovski di Suria KLCC dan pelancaran koleksi baharu ini, EH! dan Swarovski membawakan sebuah acara eksklusif yang menghimpunkan pencinta fesyen dan aksesori dalam suasana santai menerusi sesi in-store cocktail. Para tetamu akan berpeluang meneroka koleksi Swarovski Summertime dan FW26 dengan lebih dekat, selain menyertai sesi bual fesyen bersama selebriti jemputan khas yang dikendalikan oleh Pengarang Kreatif EH!, Khairul Abidin.
Acara ini turut menampilkan sesi perkongsian bersama EH!sociates yang akan berkongsi inspirasi gaya peribadi mereka serta bagaimana aksesori mampu menjadi elemen utama dalam membentuk identiti fesyen seseorang.
Sebagai tanda penghargaan, setiap tetamu yang hadir akan menerima cenderahati eksklusif Swarovski bernilai RM250!
Untuk pembaca EH! yang ingin menjadi sebahagian daripada pengalaman eksklusif ini, jangan lepaskan peluang untuk menghadiri EH! x Swarovski pada 19 Jun 2026 (Jumaat), bertempat di Swarovski, Suria KLCC dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang. Hanya 10 pembaca bertuah sahaja yang akan berpeluang ke acara ini, jangan berlengah.
Terma & Syarat
- Lengkapkan butiran anda dan klik ‘Sertai Kami’.
- Hanya 10 pembaca EH! bertuah yang terpilih akan dihubungi oleh pihak penganjur.
- Penyertaan ini terbuka kepada semua wanita warganegara Malaysia yang berumur antara 18 hingga 44 tahun sahaja.
- Pihak EH! dan Swarovski berhak menerbitkan serta memaparkan nama dan gambar peserta bagi tujuan promosi dan publisiti.
- Keputusan pihak penganjur adalah muktamad.
Isi maklumat anda di bawah untuk menyertai EH! x Swarovski.
Baca: Satu Fantasi! Koleksi Kapsul Kedua Ariana Grande & Swarovski Dilancarkan

