CLARKS mengajak pembaca EH! untuk sama-sama menyertai sesi penggayaan eksklusif yang mengetengahkan gabungan keselesaan dan gaya moden. Usah lepaskan peluang ini!
Clarks bukanlah satu nama asing dalam dunia kasut. Dikenali dengan siluet ikonik dan keselesaan yang berkualiti, jenama ini terus berevolusi dengan interpretasi fesyen moden yang lebih stylish dan relevan untuk gaya seharian. EH! bersama Clarks membawakan satu sesi penggayaan khas untuk pembaca EH! yang ingin meneroka langkah baharu dalam penggayaan kasut yang selesa dan bergaya.
Menerusi sesi penggayaan bersama Clarks ini, anda juga berpeluang menikmati keselesaan yang sama dengan nilai lebih, serta membawa pulang cenderahati istimewa bernilai RM250.
Untuk pembaca EH! yang ingin bersama-sama kami menyertai sesi penggayaan secara eksklusif ini, jangan lupa hadir ke Sesi Penggayaan EH! x Clarks pada 5 Februari 2026, bertempat di Clarks, L1.98, The Exchange TRX dari 2.00 petang hingga 4.00 petang.
Butiran penuh adalah seperti berikut:
Terma & Syarat
- Lengkapkan butiran anda dan klik ‘Sertai Kami’.
- Hanya 16 pembaca EH! bertuah yang terpilih akan dihubungi dan bayaran perlu dibuat dalam tempoh 48 jam.
- Penyertaan ini terbuka kepada semua wanita warganegara Malaysia yang berumur antara 18 hingga 35 tahun sahaja.
- Pihak EH! dan penaja berhak untuk menerbit dan memaparkan nama serta gambar peserta bagi tujuan promosi dan publisiti.
Isi maklumat anda di bawah untuk menyertai Sesi Penggayaan EH!x Clarks:

