PENGARAH KREATIF: Khairul Abidin, PENGARANG FESYEN: Johan Kassim, SOLEKAN: Sahir Sabri, DANDANAN: Miedy Daniel, GAMBAR: Mickey Wong, PAKAIAN: Levi’s
ANNA JOBLING NAMA YANG SEMAKIN HANGAT MENYINARI INDUSTRI SENI. MELANGKAH SEBAGAI PELAKON, TAWARAN DEMI TAWARAN WAJAH SEGAR INI MENCORAK KANVAS SENI HIBURAN. PERCUBAAN ANAK MUDA INI TERNYATA BERHASIL APABILA NAMANYA KIAN MENJADI SEBUTAN. ANNA BERBICARA TENTANG STAIL SAMBIL BERGAYA DALAM KOLEKSI JEANS LEVI’S-WOMEN’S HIGH WAIST.
DEFINISI STAIL PADA ANNA?
Stail ialah cara melambangkan diri, keperibadian anda. Ia mendefinisikan anda sebagai seorang individu, dan tiada perihal seperti mempunyai gaya yang salah jika anda tampil yakin untuk melakukannya.
BAGAIMANAKAH ANDA MENTERJEMAHKAN GAYA HARIAN ANDA?
Saya pastikan ia ringkas. Biasanya, sekadar blaus/baju dan seluar jeans. Tetapi saya campurkan gaya pemakaian seluar jeans, jadi sama ada Dad jeans, Boyfriend jeans, seluar jeans potongan lebar atau mana-mana gaya lain. Apabila saya pergi bekerja (hampir setiap hari) biasanya saya memakai jeans-jeans tersebut atau hanya legging dengan padanan baju dan kardigan. Sewaktu hari cuti, saya suka berpakaian lebih sedikit dan menambah lebih banyak aksesori seperti but/jaket/barang kemas.
SIAPAKAH INSPIRASI FESYEN ANNA?
Devon Lee Carlson dan Dua Lipa. They make everything look good, even clothes that you don’t think would even match.
REVOLUSI STAIL ANNA?
Saya mula mengambil berat tentang pemakaian saya apabila saya mula menjadi perhatian umum. Saya rasa saya berpakaian lebih baik daripada sebelumnya, saya mula mengambil berat tentang penampilan pakaian saya, jenis pakaian yang membuat saya berasa baik dan bersesuaian dengan bentuk badan saya.
PENTINGKAH STAIL BUAT ANNA SEBAGAI SELEBRITI?
Bagi saya secara peribadi, saya fikir ia penting. Memandangkan saya berada di mata umum, orang sentiasa mempunyai pendapat mereka tentang anda tidak kira sama ada penampilan anda, apa yang anda lakukan dan apa yang anda pakai. Saya berpenampilan mengikut cara saya bukan sahaja tentang cara orang lain melihat gaya saya tetapi bagaimana saya mahu menggambarkan diri saya.
ITEM WAJIB ADA DALAM GEROBOK ANNA?
Buat masa ini, saya sangat obses dengan kardigan juga Levi’s Dad Jeans. Saya benar-benar memakainya sepanjang masa kerana ia sangat selesa dan anda boleh memakainya dengan pelbagai cara. Bergantung pada mood anda. Oh dan sepasang kasut tumit tinggi dan but yang hebat!
FASHION’S WISHLIST?
Pergi ke Minggu Fesyen antarabangsa. Saya ingin pergi menghadiri sekurang-kurangnya satu acara, terutamanya di New York atau Milan.
ADAKAH ANNA SEORANG YANG ‘EXPERIMENTAL’ KETIKA BERFESYEN?
Saya rasa saya boleh menjadi lebih bereksperimen, saya tidak takut untuk mencuba penampilan baharu terutamanya apabila melibatkan acara. Tetapi setakat ini saya fikir saya mempunyai gaya tertentu yang saya selesa tetapi saya pasti mahu mencuba perkara baharu pada masa akan datang.
PROJEK AKAN DATANG?
Sedang sibuk dengan penggambaran megadrama, dua telemovie dan selepas itu akan berlakon drama untuk slot Akasia sebagai heroin.
HARAPAN UNTUK 2022?
Mengembangkan diri saya sebagai pelakon dan mungkin menceburi peluang baharu, saya mempunyai banyak perkara untuk dipelajari dan dibuktikan. Menyibukkan diri saya dengan kerja adalah sesuatu yang saya harapkan, walaupun ia memenatkan, rasanya menakjubkan apabila mengetahui kerja keras anda akhirnya membuahkan hasil.
Artikel berkaitan: Jurnal Fesyen EH!- Dini Schatzmann x LEVI’S