Aprena Manrose punya kecantikan tersendiri. Terkenal dengan gaya spontan, personalitinya cukup menyenangkan.
Khabar terbaru anda?
Seperti kebiasaan rutin saya, masuk set pengambaraan untuk beberapa drama yang bakal ditayangkan di TV3. Malah, saya turut sibuk dengan bisnes yang baru saya kecimpung dan semuanya berjalan dengan lancar.
Apakah rutin kecantikan anda?
Saya tidaklah jenis wanita yang mengikut step by step dalam penjagaan kulit wajah. Cukup sekadar membersihkan muka dengan pencuci muka dan sekali-sekala manjakan wajah ke spa kecantikan. Tetapi yang penting, cuci muka selepas seharian mekap!
Apakah barangan mekap pilihan anda?
Pemerah pipi, gincu pusam dan Maskara. Tiga barangan ini sering saya pakai kerana kadang-kala saya cukup malas untuk bersolek penuh.Cukup sekadar tiga barang sebagai pelengkap gaya harian saya. Mudah bukan?
Siapakah It-Girl pilihan anda?
Jika untuk fesyen saya akan memilih Aimee Song dan Kendall Jenner bagi saya mereka punya personaliti yang menarik dan gaya fesyen mereka always on point. Jika untuk kecantikan pula, saya memilih Huda Beauty dan Rihanna untuk FENTY Beauty.
Apakah stail fesyen pilihan anda?
Ringkas, selesa dan sopan. Saya lebih kepada sesuatu gaya yang minimalis tetapi tetap berfesyen mengikut trend semasa. Tidak suka akan sesuatu terlalu sarat seperti corak yang bold atau perincian yang bold.
Bagaimana pula dengan gaya fesyen paling kurang digemari?
Body Hugging dan gaya fesyen dalam rona neon. Mungkin di mata orang luar ia tampak unik dan menarik. Tetapi bagi saya, ianya agak keterlaluan dan hanya orang yang berani sahaja boleh bawa gaya ini, jika salah gaya anda pasti menjadi mangsa fesyen.
Siapakah selebriti paling stylish pilihan anda?
Scha Al Yahya. Secara personal, saya amat cemburu dengannya! Sudahlah punya anak seorang dan ada figura langsing persis model. Memang sesuai gaya apa jua stail. Bagi saya dia versatil!
Siapakah idola fesyen anda?
Victoria Beckham, Gigi Hadid dan Bella Hadid.
Jenama barangan mekap pilihan anda?
Terlalu banyak untuk saya senaraikan. Ini pilihan lima terbaik saya CHANEL, NARS, MAC, URBAN DECAY dan LAURA MERCIER.