PENYELARAS & PENATA GAYA: JULIA AZMAN #STYLEDBYJULES / GAMBAR: IKIE / ARAHAN SENI: YANTIE / SOLEKAN & DANDANAN: SAHIR SABRI
Gadis bertubuh kecil juga merupakan naib juara buat pertandingan Big Stage 2019 ini punya pesona yang tersendiri. Apa sahaja yang dia gayakannya tampak chic dan playful dan kini menghiasi kolum Jurnal Fesyen EH! Kami turut menemubual gadis yang memiliki kulit sawo matang ini tentang karier, fesyen dan impian yang dia ingin kecapi!
Kongsikan khabar terbaru kamu
Ketikaini saya sedang sibuk mempromosi lagu single terbaru saya iaitu Ilusi dan Ruang Mimpi. Malah, saya juga bakal beraksi kembali sebagai hos dan mungkin akan terjun dalam bidang lakonan. Jika ada rezeki dan berkesempatan untuk mencuba.
Apakah agenda seterusnya?
Untuk tahun ini, saya akan memberi lebih fokus keapada karier nyanyian solo. Kumpulan saya iaitu IamNeeta sedang berehat seketika.
Bagaimanakah gaya atau stail peribadi kamu?
Kasual,sesuatu gaya yang selesa, malas-malas dan jika digabungkan menjadi sesuatu yang di luar jangkaan. Band Tees are my favourite! Saya mudah dan senang bergerak bersama kasut but kerana mudah disuai padan dalam apa gaya atau stail.
Apakah pula warna pilihan ?
Hitam atau warna-warni. Bergantung kepada mood juga. Tetapi, jika saya dalam fasa PMS, rasanya anda tahu apa warna yang saya akan pilih. Hehe…!
Apakah item fesyen yang kurang digemari?
Fanny packs! Big no no for me.
Senaraikan tiga bucket list kamu?
Berkunjung ke taman tema ‘The Wizarding world of Harry Potter’, terutama sekali di Amerika. Kedua, berenang bersama ikan jerung, jenis jerung putih boleh juga tetapi seharusnya ikan itu di dalam sangkar. Ketiga pula memenangi anugerah lagu atau album terbaik satu hari nanti!
Siapakah idola muzik kamu?
Paramore, Twenty One Pilot, Ariana Grande, Muse. Dalam senarai saya masih banyak, agaknya jika jika disebut semuanya tak cukup satu muka surat temubual ini.
Lokasi percutian idaman kamu?
Iceland! Saya ingin melihat keindahan Aurora dan ke tempat Harry Potter.