GAMBAR : ROBIN YONG / PENYELARAS, PENATA GAYA & TEKS : JULIA AZMAN / ARAHAN SENI : KHAIRANI RAMLI / SOLEKAN & DANDANAN SAHIR SABRI
Aprena Manrose punya kecantikan tersendiri. Terkenal dengan personaliti spontan, pembawaan dirinya cukup menyenangkan. Hari ini EH! dekati gadis jelita ini dalam padanan pakaian serba putih dan berbicara tentang kerier, kecantiakan, fesyen dan idola dia.
Apakah rutin kecantikan anda?
Saya bukanlah seorang yang mengamalkan rutin step by step dalam penjagaan kulit. Cukup sekadar membersihkan muka dengan pencuci muka dan sekali-sekala manjakan wajah ke spa. Tetapi yang penting, cuci muka selepas seharian bersolek!
Apakah item solekan pilihan anda?
Pemerah pipi, gincu pusam dan maskara. Tiga item ini sering saya pakai kerana kadang-kala saya cukup malas untuk bersolek penuh. Cukup sekadar tiga barang ini sebagai pelengkap gaya harian.
Siapakah It-Girl pilihan anda?
Jika untuk fesyen saya sukakan Chiara Ferragni, Aimee Song dan Kendall Jenner, bagi saya mereka punya personaliti yang menarik dan gaya fesyen mereka always on point. Jika untuk kecantikan pula, saya memilih Huda Katan dan Rihanna.
Stail fesyen pilihan ?
Ringkas, selesa dan sopan. Saya lebih kepada gaya minimalis tetapi tetap berfesyen mengikut trend semasa. Tidak suka akan sesuatu terlalu sarat seperti corak atau perincian yang bold.
Gaya fesyen paling kurang digemari?
Body hugging dan gaya fesyen dalam rona neon. Mungkin di mata orang lain ia tampak unik dan menarik. Tetapi bagi
saya, ia agak keterlaluan dan hanya orang yang berani sahaja boleh bawa gaya ini, jika salah gaya boleh jadi mangsa fesyen.
Selebriti paling stylish di mata anda?
Scha Alyahya. Secara peribadi saya amat cemburu dengannya! Biarpun sudah mempunya cahaya mata, fi guranya kekal langsing persis model. Dia sesuai menggayakan apa jua stail. Sangat versatil!
Idola fesyen anda?
Victoria Beckham, Gigi Hadid dan Bella Hadid.