Setiap kali siri TV terbaru muncul didalam intisari rancangan pasti akan ada satu karakter yang menyerlah selain daripada watak hero dan heroinnya. Sama ada kerana watak yang dibawakan atau kerana wardrobe yang kenakan oleh karakter tersebut. Fenomena! Itulah yang biasa terjadi apabila siri TV tersebut menjadi ikutan dan mendapat peminat yang ramai. Antaranya…
Blair Waldorf dalam Gossip Girl
Siri TV yang menjadi kegilaan anak muda ini mencetuskan fenomena yang besar dalam dunia fesyen terutamanya. Karakter antagonis yang dibawa oleh Leighton Meester sebagai Blaire Waldorf yang sering tampil bergaya dengan signature bow scarf dalam Gossip Girl menjadi ikutan.
Gambar: jerseygardens.com
Aria Montgomeri dalam Pretty Little Liars
Pelakon bertubuh genit, Lucy Hale yang memainkan watak sebagai pelajar kolej bernama Aria Montgomeri dalam Pretty Little Liars sering tampil dengan aksesori yang edgy dan antara yang menjadi identitinya ialah, anting-anting bulu.
Gambar: style-delights.blogspot.com
Betty Draper dalam Mad Men
Sebuah siri TV yang sangat unik kerana berlatar masakan tahun 1960an dengan dibantu set dan wardrobe bagi menghidupkan zaman tersebut. Watak Betty Draper oleh January Jones yang menggayakan pelbagai jenis dress dan skirt kembang sering menjadi perhatian penonton. Paling menarik perhatian ialah dandanan rambutnya yang menjadi ikutan selebriti di karpet merah.