Acara gilang-gemilang Golden Globe 2018 telah berlangsung dengan jayanya di The Beverly Hilton, Beverly Hills, California. Kali ini, karpet merah acara penganugerahan ini dibanjiri dengan selebriti yang tampil serba hitam black-out.
Anugerah Golden Globe kali ke-75 ini menganugerahkan filem-filem dan siri drama TV terbaik buat tahun 2017. Majoriti selebriti yang hadir mengenakan busana serba hitam sebagai tanda menentang gangguan seksual dan demi menarik perhatian ramai tentang ketidakseimbangan layanan di tempat kerja.
Bintang-bintang terkenal digalakkan untuk tampil dengan rona hitam untuk menjadi sebahagian dari gerakan Time’s Up, sebuah organisasi yang dedikasi untuk mencegah serangan dan gangguan seksual di tempat kerja.
Jadi, siapakah antara selebriti-selebriti A-list yang tampil serba hitam menawan di karpet merah Golden Globe 2018? Klik seterusnya.