Buat yang ingin kemas kini gerobok fesyen harian, mungkin boleh pertimbangkan koleksi terbaru dari CHAPS musim luruh 2017 yang nyata selesa dan versatil.
Menyentuh perihal gerobok fesyen, boleh kata rata-rata masyarakat asia mengutamakan ceraian fesyen yang selesa, pada masa yang sama up-to-date dek kerana cuaca di Malaysia yang panas dan lembap.
Dengan koleksi terkini dari CHAPS, impian anda untuk mencari pilihan pakaian kasual dan selesa boleh direalisasikan. Koleksi CHAPS musim ini tampil dengan koleksi buat lelaki dan wanita.
Koleksi kali ini diperbaharui dengan material campuran kapas yang mudah untuk dijaga serta prestasi fabrik mudah regang yang berinovasi memastikan ia fit selesa pabila disarungkan.
Kemeja berbutang corak plaid dari CHAPS menawarkan keselesaan yang terbaik buat pemakai. Anda boleh gayakannya dengan apa sahaja dari denim ke chinos jahitan untuk inspirasi look heritage.
Manakala dari koleksi CHAPS versi wanita pula ia lebih bercirikan sleek silhoutte, bermain dengan tekstur dan perincian artisan yang menjadikan stail rustic-chic moden.
Musim hujan yang bakal tiba di Malaysia tidak lama lagi akan menjadi satu musim yang cozy apatah lagi pabila menyarung baju panas rekaan terbaru dari CHAPS, chambray yang tidak lapuk dek zaman dan item fesyen suede statement. Tip bernas untuk gayakan look ala masyarakat barat, padankan vest atau kardigan di atas workshirt berona faded-wash atau plaid bersulam.