New month, new kicks! EH! himpunkan tujuh pilihan kasut ‘must-have’ untuk lengkapi gaya anda bulan September!
Bulan September hadir dengan pelbagai koleksi kasut terbaru yang confirm akan jadi wishlist fesyenista! Dari kolaborasi Adidas bersama Jennie hingga Onitsuka Tiger TRAIRINA, pilihan kali ini hadir dengan penuh variasi.
EH! kumpulkan tujuh kasut pilihan patut ada bulan September ini, sesuai untuk yang suka tampil chic ke pejabat, santai hujung minggu, atau glam di acara malam.
Adidas Originals By Jennie Superstar Sq Ballet Shoes
Tampil dengan rekaan yang diinspirasikan daripada kasut balet klasik, kasut ini menawarkan gaya feminin yang ringkas tetapi tetap menyerlah. Bahagian atas kulit memberikan ketahanan dan keselesaan untuk pemakaian harian, manakala penutup elastik memudahkan pemakaian serta memastikan ia terletak kemas pada kaki.
Dilengkapi textile sockliner yang lembut, kasut ini terasa lebih selesa ketika dipakai. Secara keseluruhan, ia pilihan menarik buat mereka yang mahukan gaya unik, versatil dan tidak terlalu biasa.
Harga: RM629
Hadir dalam rekaan monokrom yang minimalis, kasut ini tampil dengan gabungan material kulit biri-biri licin dan suede bertekstur lembut. Onitsuka Tiger Stripes pula hadir menerusi jahitan senada, memberikan sentuhan yang lebih subtle.
Sole berprofil rendah yang melingkari bahagian tumit menambah sedikit karakter pada rekaannya, sekali gus menghasilkan siluet yang kemas dan tajam. Bagi saya, pilihan tepat untuk gaya minimalis yang tetap mempunyai daya tarikan tersendiri.
Harga: RM850
PUMA Suede Bloom Sneakers Women
Sejak 1968, PUMA Suede kekal sebagai antara ikon streetwear yang cukup dikenali. Untuk versi Suede Bloom ini, rekaan klasik diberi nafas baharu menerusi tali kasut dengan perincian manik serta sentuhan dekoratif yang lebih halus.
Bagi saya, ia pilihan menarik untuk yang mahu gaya kasual ikonik dengan sedikit elemen feminin dan playful.
Harga: RM439
Crocs Axle Suede Mule Clog Women’s
Hadir dengan kemasan kasual yang lebih refined, Crocs Axle Suede Mule menampilkan upper suede dalam rona Elephant yang mudah digayakan. Siluet slip-on pula memudahkan pemakaian, manakala tapak ringan memberikan keselesaan untuk kegunaan harian.
Bagi saya, rekaan ini sesuai untuk gaya santai hujung minggu atau sekadar keluar bersahaja, tanpa perlu mengorbankan keselesaan.
Terinspirasi daripada rekaan kasut boat klasik, Torhill Boat hadir dengan sentuhan lebih segar untuk gaya musim panas. Tapak berjalur yang menjadi identitinya diambil daripada arkib Clarks, manakala Contour Cushion footbed memberikan keselesaan ketika dipakai.
Lengkap dengan logo Torhill pada aksesori suede, rekaan ini menggabungkan elemen klasik dan moden dalam siluet yang mudah digayakan.
Harga: RM499
Nike menghidupkan semula Calistra, rekaan trainer awal 2000-an, dengan sentuhan lebih moden menerusi siluet berinspirasikan kasut balet yang dipadankan dengan teknologi Shox Z Cushioning.
Rekaan ini tampil lebih feminin dengan kemasan quilted, tali berkilauan yang boleh dilaras serta corak polka dot yang menyerlah. Gabungan elemen sporty dan playful menjadikannya pilihan menarik untuk gaya kasual yang lebih statement.
Harga: RM689
New Balance 204L tampil dengan interpretasi baharu terhadap gaya kasut larian era 2000-an. Siluetnya yang rendah menggabungkan bentuk langsing kasut larian era ’70-an dengan tekstur suede dan mesh yang lebih moden.
Dilengkapi garisan melengkung pada bahagian overlay, rekaannya kelihatan sleek, unik dan mudah digayakan. Bagi saya, ia pilihan tepat untuk yang mahukan sentuhan retro tetapi masih nampak segar.
Harga: RM369







