Dari kolaborasi manis bersama Krispy Kreme hinggalah rekaan bergaya daripada jenama terkemuka, koleksi kasut pilihan EH! bulan ini menjanjikan gabungan stail dan cita rasa yang benar-benar luar biasa.
Kasut kini bukan sekadar pelengkap gaya, ia adalah statement fesyen dan kadangkala juga… perisa! Dengan sentuhan rekaan yang diinspirasikan oleh donut ikonik, lima pilihan kasut ini sesuai untuk mereka yang gemarkan gaya unik, playful dan berani tampil berbeza.
EH! bariskan lima kasut yang wajib dimiliki bulan Ogos, termasuk satu koleksi edisi terhad hasil kolaborasi penuh gaya bersama jenama donut kegemaran ramai, Krispy Kreme.
PUMA Speedcat
PUMA Speedcat, siluet ikonik yang diinspirasikan dari dunia sukan permotoran tampil dalam warna biru pucat dengan sentuhan jingga terang pada Formstrip, membangkitkan semangat perlumbaan dalam reka bentuk berprofil rendah.
Harga: RM549
SKECHERS
Skechers, tampil berani musim ini dengan pelancaran koleksi terbaharu Skechers Sport, barisan rekaan bergaya jalanan yang bold seperti Skechers Monster Evo – Bold Move untuk wanita.
Direka untuk mereka yang yakin melangkah dan berani menonjol, siri Skechers Monster Evo bagi wanita, dua tona versatil turut ditawarkan, sesuai digayakan untuk penampilan harian.
Harga: RM399
Crocs Krispy Kreme Classic Clog
Krispy Kreme Crocs Classic Clog, clog ikonik yang memulakan revolusi keselesaan di seluruh dunia! Kasut pilihan penuh gaya santai yang tidak mengikut kebiasaan dan pasti membuatkan anda semakin jatuh cinta dengannya hari demi hari. Clog ini menawarkan keselesaan ikonik Crocs™ yang ringan, pelbagai warna sesuai dengan setiap personaliti, dan jemputan berterusan untuk berasa selesa menjadi diri sendiri, dalam kasut sendiri.
Harga: RM449
PUMA Mostro
New Balance 8040
Model 8040 menggabungkan bahagian atas gaya jejak Y2K warisan dari arkib dengan unit tapak ikonik 9060. Reka bentuk ini menyatukan elemen lama dan baharu, dengan menekankan keselesaan serta gaya utilitarian yang lembut, menghasilkan padanan sempurna antara fungsi dan fesyen.
Harga: RM398.30
NIKE Kobe Air Force 1 Low
Edisi istimewa AF-1 ini diinspirasikan oleh DNA Mamba, dengan cetakan kulit ular menyeluruh yang memberikan sentuhan unik kepada siluet klasik sepanjang zaman. Sulaman nombor “8” dan “24” pada bahagian tumit merupakan penghormatan kepada nombor jersi legenda Kobe Bryant yang telah digantung. Logo Sheath pada lidah kasut dan bahagian luar tumit menambahkan elemen penjenamaan ikonik. Disempurnakan dengan lace dubrae “Mamba Forever”, Kobe AF-1 ini meneruskan legasi hebat sang Mamba.
Harga: RM559
Baca: Kasut Pilihan EH! Patut Ada Bulan Julai, Antaranya Kolaborasi Bersama A$AP Rocky