Muhammad Firdaus Awang Teh atau dikenali sebagai Teh Firdaus, 33 pereka fesyen yang sedang melonjak naik ini menjadi pilihan para selebriti tempatan dan kerabat Di-Raja untuk menyarung rekaannya pada hari bahagia mereka.
Untuk Kata Pereka bulan ini, EH! menemu bual pereka fesyen yang berasal dari Kedah, Teh Firdaus. Beliau hangat diperkatakan selepas rekaannya disarung oleh YAM Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah semasa hari bahagianya.
Firdaus ialah graduan seni reka fesyen UiTM Seri Iskandar, Perak dan kini menetap di Kuala Lumpur bagi meneruskan kerjayanya. Label fesyen Teh Firdaus dicipta pada tahun 2017, terus menerus berkembang dan kini, beliau merupakan salah seorang pereka fesyen ‘Bridal Wear‘ terkenal Malaysia.
Selama enam tahun dalam industri, Teh Firdaus menggunakan kelebihannya yang luar biasa menghasilkan rekaan bridal wear dan bespoke pieces.
Berkongsi tentang permulaan dan apa yang membuatkan anda memasuki dunia fesyen ‘bridal’.
Bermula pada tahun 2017 saya sangat meminati bridal wear kerana amat menyukai estetik rekaan minimal dan elegan. Apabila melihat beberapa rekaan awal saya ketika permulaan kerjaya mendapat sambutan baik, saya teruskan dengan konsep rekaan saya iaitu minimal, clean dan elegan.
Melihat rekaan saya dipakai pengantin ketika hari bahagia mereka memberikan saya kepuasan dan kebebasan berkarya. Saya berharap agar dapat menghasilkan lebih banyak bridal masterpieces pada masa akan datang.
Selain bridal wear, apakah rekaan Teh Firdaus hasilkan
Selain bridal wear, setiap tahun saya juga menghasilkan rekaan bespoke untuk lebaran, custom shoes dan juga lebaran ready to wear
Apakah tip terbaik yang anda berikan kepada pengantin perempuan yang sedang mencari gaun pengantin.
Tip terbaik saya boleh berikan adalah, kenali personaliti anda dan apa anda mahukan untuk hari bahagia anda sebelum berjumpa dengan pereka yang bakal dipilih.
Amat penting untuk anda membuat sedikit penyelidikan tentang pereka yang ingin pilih agar busana pada hari bahagia anda tepat dengan citarasa estetika anda dan pereka itu sendiri.
Bagi pendapat saya, rekaan minimal adalah rekaan terbaik buat kebanyakan bakal pengantin kerana ia akan kekal evergreen walaupun bertahun berlalu jika anda melihat semula potret perkahwinan anda.
Kongsikan cerita di sebalik busana rekaan Teh Firdaus yang disarung oleh YAM Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah.
Saya sangat teruja apabila diberikan tugasan ini dan sangat bersyukur kerana ianya merupakan ‘Wedding Of The Year’ yang dinanti- nantikan semua. Saya diberikan tugasan untuk menyiapkan tiga pasang rekaan untuk majlis mereka iaitu rekaan untuk majlis khatam Quran, majlis berbedak mandi/pertunangan diraja dan majlis akad nikah.
Ketiga-tiga rekaan ini merupakan rekaan baju kurung yang menepati estetik rekaan saya yang minimal, clean dan elegant. saya juga sangat bersyukur kerana YAM Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah amat menyukai rekaan saya dan memberi saya kebebasan bekarya.
Dapat bekerjasama dengannya adalah ‘a dream come true’.
Anda boleh kunjungi butik Teh Firdaus, terletak di Zeva Boulevard Retail Center, Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan, Selangor atau anda boleh beli secara online rekaan ‘ready to wear‘ di sini.
Baca: Foto Majlis Istiadat Berbedak Putera Mateen & Dayang Anisha