Menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba, ini adalah masa yang baik untuk memikirkan tentang busana yang akan anda sarung semasa musim perayaan ini.
Apabila bercakap tentang gaya untuk Hari Raya Haji, saya pasti ramai akan memilih busana yang lebih minimalis dan lebihkan kepada keslesaan. Terdapat pelbagai pilihan inspo fesyen yang boleh dipilih, di mana mereka menegaskan keselesaan apabila memakai.
Bercakap tentang perayaan mahupun hari biasa, busana Abaya semakin terkenal, menjadikan ia pilihan ramai wanita kerana kesenangan yang diberi kepada mereka dari segi senang untuk disarung, sesuai dengan cuaca yang panas dan anda tidak perlu mix and match. Label fesyen Malaysia tidak kalah, menawarkan rangkaian yang akan menjadikan anda penuh gaya dan selesa. Jadi EH! sajikan seleksi abaya untuk anda pilih!
Larney Lady Rania Abaya, RM 379
Larney hadir dengan koleksi Lady Rania, mempesona yang menyemarakkan pesona dalaman anda. Koleksi ini menampilkan abaya yang akan membuatkan anda kelihatan cantik dan elegan.
Dengan tujuh warna, pasti membuatkan anda rambang mata untuk pilih!
Hanya Khadija Rhinestone Abaya, RM 508
Label Hanya memperkenalkan abaya dengan gabungan gaya kontemporari dan tradisional. Dihasilkan daripada bahan berkualiti premium, ia hadir dengan tekstur yang lembut dan licin yang terasa sangat selesa pada kulit.
Abaya ini menampilkan perincian scallop unik di sepanjang bahagian hadapan, menambahkan sentuhan moden pada siluet klasik. Rona kuning air neutral melengkapkan pelbagai ton kulit dan boleh dipadankan dengan pelbagai aksesori untuk penampilan yang berbeza. Ia didatangkan dengan pakaian dalam tanpa lengan dan tudung sama padan!
Naelofar X-Press Maryam Abaya, RM 179.90
Naelofar memperkenalkan X-Press Maryam, disesuaikan untuk wanita moden yang mencari keselesaan dan gaya minimalis. Setiap bahagian direka dengan teliti untuk menjelmakan intipati kesopanan, dengan ciri tambahan untuk melengkapkan gaya hidup anda. Difabrikasi daripada matte crepe, kain ringan ini memastikan aliran yang mudah dengan setiap langkah.
Abaya ini menggabungkan gaya, kepraktisan dan kesederhanaan dengan lancar, menjadikannya sesuai untuk beralih ke mod solat. Tingkatkan almari pakaian anda dengan abaya praktikal ini membolehkan anda beralih daripada pakaian harian kepada pakaian solat dalam masa yang singkat!
Arumn Hafiza Abaya, RM 599
Abaya moden ala kimono, Arumn menampilkan abaya berpanel, garis leher V, lengan kimono dalam siluet garis A. Anggun, canggih dan bergaya, abaya ‘Hafiza’ juga didatangkan dengan empat reben di bahagian tepi dan depan yang membolehkan anda menggayakannya pelbagai cara.
Dihasilkan daripada poliester mudah dijaga, ia menampilkan ciri Anti-UV dan regangan empat arah untuk keselesaan tambahan.
Lubna Abaya dress with Lace Outerwear, RM 299
Lubna hadir dengan abaya yang digayakan dengan outerwear bersulam. Dengan perincian reben pada bahagian hadapan, semestinya membuatkan anda kelihatan elegan apabila memakainya. Outerwear sulaman ini memberi penegasan kepada gaya anda pada pagi raya.
Anda juga boleh memaainya secara berasingan, jadi boleh la anda menggayakan setiap helaian mengikut citarasa.
Yadotsa Mina Dress, RM 200
Yadotsa hadi dengan gaun Mina, dinamakan sempena tempat suci di Mekah atau juga dikenali sebagai ‘Kota Khemah’ untuk para jemaah bermalam ketika menunaikan haji
Busana MINA ialah gaun bergaris-A yang besar dengan bahagian leher tinggi dengan lengan poplin yang berperincian dan mengembang untuk penampilan yang bergaya. Anda boleh gayakan gaun ini dengan atau tanpa tali pinggang bagi mencapai keinginan anda.
Baca: Sempena Hari Bapa, Ini adalah Idea Hadiah Terbaik Buat Heromu!