Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba sebulan lagi, ini adalah masa yang baik untuk mula memikirkan tentang busana yang akan anda sarung semasa musim perayaan ini.
Perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang menandakan berakhirnya bulan Ramadan yang ditetapkan sebagai hari yang meriah. Apabila sambutan semakin hampir, jadual secara beransur-ansur dipenuhi dengan plan untuk menghias rumah, mencipta menu hidangan dan sudah tentu, memilih busana baharu untuk hari tersebut.
Apabila bercakap tentang gaya untuk Hari Raya, terdapat pelbagai pilihan label fesyen yang boleh dipilih untuk inspo fesyen anda. Daripada ciptaan klasik hingga moden, label fesyen Malaysia menawarkan rangkaian yang akan menjadikan anda penuh gaya.
EH! sajikan seleksi label fesyen yang mengeluarkan koleksi sempena Hari Raya Aidilfitri untuk anda pilih.
LARNEY
Larney mempersembahkan koleksi Regal Raya 2024 mempamerkan rekaan tradisional yang dimodenkan, dengan 209 gaya. Koleksi ini hadir dengan pelbagai potongan yang direka dengan teliti, bersama perincian yang memukau.
ALIA BASTAMAM
Sentiasa hadir dengan koleksi helaian estetik, Alia Bastamam sekali lagi membuatkan para wanita tergamam melihat koleksinya yang memukau untuk lebaran tahun ini. Terbahagi kepada dua koleksi, helaian daripada Alia Bastamam hadir dengan 57 gaya yang pasti membuatkan anda rambang mata untuk pilih!
ALIA B CINEMA
Koleksi ALIA B CINEMA ini hadir dengan 27 gaya yang dibahagikan dengan tiga adegan konsep RGE cinema iaitu era, gaya visual pawagam, soft focus dan technicolor.
Alia Bastamam Eid 2024
Koleksi Eid 2024 daripada Alia Bastamam ini hadir dengan 30 gaya dengan healaian yang misteri, sentuhan glamour dan kebebasan.
ANAABU
Annabu, label yang terkenal dengan helaian tradisional dengan rona earth tone mengeluarkan koleksi ‘Terus Tumbuh’ sempena musim perayaan ini. Koleksinya terdiri daripada baju kedah, kebarung serta kebaya di mana setiap helaian mempunyai potongan loose dan semestinya membuatkan anda kelihatan elegan apabila memakainya.
Busana itu juga boleh dibeli berasingan untuk anda menggayakan setiap helaian mengikut citarasa anda.
SHALS
SHALS mengeluarkan koleksi busana sempena Aidilfitri.. Berjudul “Sebati,” koleksi tahun ini merupakan perayaan kemodenan, kecanggihan dan keterangkuman. Diilhamkan oleh ‘unspoken love language‘, Sebati mewakili perjalanan emosi yang dikongsi dan hubungan yang intim.
INNAI RED
‘Golden Hour‘, koleksi terbaru Innai Red ialah rangkaian moden-kewanitaan yang sangat dinanti-nantikan oleh para wanita. Helaian koleksi ini lebih kepada penggunaan sulaman dan renda.
Romantik dan mewah, itulah yang boleh dikatakan apabila melihat koleksi ini.
MASLEA
Label Maslea mengeluarkan koleksi ‘Detik Mekar’, sentuhan tradisional didatangi bersama palet rona terdiri daripada ton suram tetapi menonjolkan gaya retro.
Pereka Suraya Sharifuddin, membangkitkan kebaya dengan mengambil inspirasi daripada trend tahun 80-an, serta menambah ciri dan sulaman untuk benar-benar menjadikan setiap rekaan miliknya.
YADOTSA
Yadotsa mempersembahkan ‘Jahwar’, koleksi tempahan yang menawan untuk Raya kali ini. ‘Jahwar’ berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud ‘berharga’, ‘mewah’, atau ‘intipati’, dan ini dipamerkan melalui ukuran buatan mereka koleksi, dipenuhi dengan motif batu permata bunga yang indah dengan hasil sulaman, termasuk renda dan manik.
Selain daripada koleksi customize, Yadotsa juga telah mengeluarkan rangkaian sedia untuk dipakai di Zalora yang dipanggil ‘Bloom with Grace‘.
LUBNA
Lubna mempamerkan koleksi dan kempen #OnceUponALubna yang mengagumkan dengan lebih 184 reka bentuk. Set gingham dan polka dot, sinonim pengambilan moden, atau pilihan bunga mereka menonjolkan koleksi tahun ini.
Plus size juga tersedia dari saiz 3XL hingga 5XL. Jadi jangan risau, Lubna ada untuk gadis di luar sana!
JOVIAN
Label terkenal, Jovian tidak kalah dengan koleksi istimewa Aidilfitri yang terdiri daripada rekaan tradisional dengan elemen kontemporari.
WHIMSIGIRL
Koleksi, Eid Girl: (Wo)manifesto Whimsigirl hadir dengan helaian minimalis dan moden.
RAEA
RAEA melancarkan koleki baru mereka sempena Aidilfitri, direka dengan teliti untuk wanita moden dan sofistikated. Direka dengan fleksibiliti dalam fikiran, setiap bahagian adalah gaya kontemporari pada busana resort, menawarkan gabungan gaya dan keselesaan yang lancar untuk musim perayaan.