Kate Spade New York menyambut musim panas dengan konsep eksklusif “Cabana State of Mind,” memberikan siri pengalaman pop timbul yang mengasyikkan untuk peminat jenama di Malaysia.
Kate Spade New York memperkenalkan Kate Spade Cabana bercirikan konsep musim baharu yang akan kembali setiap kali musim panas datang. Siri eksklusif ini bagi meraikan semangat bercuti dan memanjakan diri pada musim panas.
Dengan slogan tetap, ‘Year of Celebration’, Kate Spade New York siri Cabana ini akan diperkenalkan untuk pengguna di seluruh dunia melalui satu siri pop timbul di Malaysia, Singapura, New York City dan London.
Jenama itu menjemput semua pencinta Kate Spade New York untuk menyertai percutian yang santai sambil bermain permainan yang disediakan di Hotel The KL Journal (aras 11), dari 20 Mei hingga 5 Jun.
Mencirikan percutian dari bandar ke pantai, koleksi Kate Spade Cabana ini memberikan penampilan yang ceria dengan perspektif warna yang pop. Menampilkan koleksi musim panas eksklusif pop timbul antaranya, motif sitrus, beg rotan dan tote jerami tenunan yang dihiasi hiasan.
Pop timbul ini akan dibuka kepada orang ramai pada hari bekerja , 3 petang hingga 8 malam dan hujung minggu, 11 pagi hingga 8 malam.
Tetamu juga akan dihiburkan dengan permainan musim panas seperti jenga gergasi, popsikel, dan peraduan detik bergambar dengan hadiah membeli-belah bernilai sehingga RM3,000 dan baucar staycation di Hotel The KL Journal. Set Kate Spade Cabana jenga edisi terhad juga boleh didapati dengan perbelanjaan capai RM1,000.
Sejajar dengan pelancaran siri pop timbul, jenama itu juga memperkenalkan permainan maya Kate Spade Cabana yang boleh diakses di Kate Spade Cabana.
Artikel berkaitan: Ed Sheeran Umum Kelahiran Anak Kedua