Kate Spade New York mewarnai Minggu Fesyen New York dengan koleksi Musim Bunga 2023, antara artis Malaysia yang hadir bersama ialah Daiyan Trisha, Yaya Zahir dan Ms Kuan.
Kate Spade New York melancarkan koleksi Spring 2023 dengan persembahan penuh warna warni. Koleksi yang diinspirasikan daripada musim bunga dan pengembaraan hidup ini direka oleh Tom Mora dan Jennifer Lyu sebagai tanda penghargaan kepada keindahan musim bunga.
Terkenal dengan identiti warna asli Kate Spade New York, Mora dan Lyu membawakan sedikit kelainan yang eksklusif pada koleksi kali ini dengan menerapkan kod warna mereka sendiri untuk mewujudkan gaya kelainan, tona sesuai untuk semua wanita dan kelihatan anggun segar sepanjang bermusim ini.
Bakal menyambut Kate Spade New York ulang tahun yang ke-30 pada tahun 2023, koleksi kali ini dinamakan DNA sebagai teras permulaan kepada pengenalan Kate Spade New York dengan gaya baharu melalui warna, corak dan ketukangan aksesori.
New York dipenuhi dengan elemen yang comel dan besar seperti bunga-bunga yang besar, titik polka bersaiz besar, gaya musim bunga dan motif titik hujan yang digantung.
Tinggi di 3 World Trade Center, menghadap ke bandar yang sibuk, model berbaris penuh di bawah “awan” yang terdiri daripada himpunan belon. Satu runut bunyi yang lembut, termasuk hujan, dimainkan turun di belakang. Dimeriahkan dengan ledakan warna hijau disekeliing dan elemen warna padan dan berani; rona merah jambu, kuning, biru dan merah menghidupkan lagi suasana Musim bunga Kate Spade New York.
Musim ini, Kate Spade New York mengembalikan semula beg popular, Sam yang ikonik dengan elektif warna yang pelbagai, hijau, merah jambu dan putih.
Antara artis Malaysia yang memeriahkan Kate Spade New York ialah Daiyan Trisha, Yaya Zahir dan Ms Kuan. Turut bersama selebriti antarabanga, Rebel Wilson, Ziwe, Maitreyi Ramakrishnan, Ella Travolta, Regina Hall dan ramai lagi.
Artikel berkaitan: Rakaman Fesyen 1980-an Inspirasi Kempen Terkini Onitsuka Tiger