Rekaan kolaborasi ini direka khas sebagai sasaran untuk wanita-wanita bersaiz besar (plus sized) dengan ukuran antarabangsa. Dengan nilai-nilai positif seperti kekuatan dan keyakinan diri sebagai inspirasi, koleksi ini menampilkan lapan (8) rekaan baru yang terhasil daripada idea-idea gabungan dua figura paling berpengaruh di dalam industri masing-masing.
“Kecantikan itu adalah amat subjektif dan saya amat berbangga kerana dapat menjadi inspirasi dan idola kepada ramai wanita yang kurang berkeyakinan tentang bentuk badan mereka.”
– Sherry Alhadad
Menurut Sherry, beliau dan Syomir merasakan ini adalah masa yang tepat untuk memberikan mesej yang positif buat semua individu terutamanya kaum wanita kerana tidak kira apa jua bentuk badan dan rupa paras mereka miliki, mereka seharusnya berbangga dengan diri sendiri dan menggunakan segala peluang yang ada.