Pertama kali Syomir menonon penamiplan Sherry di kaca tv ialah bersama Projek Disko Baldi dalam sketsa ‘Enjit Enjit Semut’. Beliau kemudiannya mengagumi keyakinan diri Sherry terutama sekali hubungannya dengan fesyen. “Saya berbesar hati dapat berkolaborasi dengannya dan melancarkan koleksi ini untuk semua wanita-wanita bersaiz besar dengan ukuran antarabangsa di luar sana!” jelas Syomir.
“Sebagaimana dia merupakan peminat saya, saya juga adalah peminat hasil kerja Syomir dan jenamanya yang sangat mementingkan diversiti dan inklusiviti.”
– SHERRY ALHADAD
Sherry juga meluahkan rasa bangga beliau dalam kejayaan kolaborasi ini kerana ia merupakan petanda yang positif bagi perjalanan beliau dalam melibatkan diri dalam bidang fesyen secara profesional. Syomir adalah di antara orang yang pertama memberikan Sherry keyakinan untuk bereksperimen dengan fesyen. Beliau juga terharu dengan segala pujian yang diberikan oleh Syomir terhadapnya semasa dia mula-mula menjejakkan kakinya dalam industri hiburan.
Sherry juga berharap agar kolaborasi bersama Syomirizwa Gupta ini mendapat sokongan penuh daripada para peminat.