Bagi mengekalkan signature aesthetics jenama, penggunaan warna-warna primer dan corak grafik yang vibrant di dalam kolaborasi Sherry Alhadad X Syomirizwa Gupta menjadi elemen-elemen utama setiap rekaan. Selain itu, lapan rekaan ini menjadi simbolik bagi tradisi beraya di tempat kelahiran Sherry iaitu di Sarawak yang di mana persalinan penuh Aidilfitri selama tujuh hari tujuh malam menjadi tradisi yang memeriahkan suasana beraya di Kuching. Semestinya memiliki kesemua lapan rekaan ini menjadi kesenangan bagi mereka untuk bergaya pada hari mulia ini!
Syomirizwa Gupta tidak lupa menitikberatkan dalam memberikan keselesaan kepada pemakai rekaannya. Dari kain kapas, printed rayon sehinggalah mixed crepe, segalanya dipilih dengan berhati-hati bagi menawarkan kualiti yang tinggi. Semestinya fabrik seperti ini menyejukkan dan selesa dengan cuaca negara Malaysia yang agak panas.