Dalam banyak-banyak perihal yang berlaku sekarang, orang muda juga ada memberi fokus mereka dalam hal kelestarian fesyen. Mereka ini tidak lagi hanya menyarungkan baju semata-mata ia cantik dipandang. Semangat untuk menjaga alam sekitar dan bumi memupuk kelompok muda untuk lebih berhati-hati dalam hal berfesyen. Lansung, bangkitlah banyak jenama asal Malaysia yang memberi fokus dalam menghasilkan fesyen yang lestari.
Lebih menaikkan semangat anak muda apabila banyak kes berkaitan fast fashion yang negatif. Siapa dapat lupa pada kes Rana Plaza yang runtuh dan hampir 1,100 mayat yang terkorban. Kilang itu adalah tempat penghasilan jenama fast fashion seperti Walmart dan J.C Penney. Anjakan pemikiran kelompok muda memberi ruang untuk jenama fesyen lebih matang. Trend kelestarian fesyen mula hidup dan berkarya. Jika anda adalah sebilangan besar yang sudah menukar selera fesyen lebih beretika, mungkin jenama made in Malaysia ini boleh anda lihat dan cuba!
Vanessa Toolseram memulakan jenama Dona Plant Base pada 2016 hanya atas kerana minat. Cuma setelah jenama ini mula melebarkan sayang ke Singapuram, cintanya makin bertambah dan memberi fokus pada penghasilan batik. Jati diri Dona Plant Base adalah pada seni kreatif batik Asia Tenggara dengan injek fesyen dekad 70-an. Pemilihan fabrik yang lebih beretika dengan bekerjasama dengan artisan asal Bali. Material pula cukup muda terbiodegradasi. Sejak 2019, Vanessa mmenjadikan Dona Plant Base untuk 100% sustainable. Tiada waste yang dibiarkan, semua perca batik digunakan untuk membuat aksesori lain seperti pelitup muka dan beg bakul.
Amelia Claire Kortum mungkin dilihat seperti gadis lain yang sebaya usia dengannya. Lagaknya mungkin serupa namun identitinya lebih matang dalam hal fesyen beretika. Dia memilih untuk mengeluarkan jenama Lemon by ACK yang memberi fokus dalam melancarkan koleksi fesyen lebih bersifat timeless. Gol utama dengan menggunakan fabrik terpakai untuk menghasilkan setiap keluaran baru. Jenama ini juga menjaga cara penghasilan keluaran dengan berkerjasama bersama non-profit NGO, Life 2 Life El Shaddai. Satu organisasi yang berkerja erat dengan United Nations High Commissioner for Refugees.
Misi di Li’s Atelier adalah melancarkan koleksi yang lebih seimbang, bisa dikitar semula dan semestinya meletakkan kemanusiaan sebagai tungak utama. Setiap helaiannyang direka menggunakan fabrik semulajadi yang menepati piawaian etika fesyen global. Material seperti linen menjadi taruhan mereka di Li’s Atelier dengan memberi fokus pada rekaan yang timeless, versatil juga punya praktikaliti. Linen juga dipilih kerana ia bukan sahaja baik untuk disarung dalam cuaca Kuala Lumpur. Malahan, ia juga merupakan fabrik yang antimicrobial.