Musim bunga 2019 Michael Kors menampilkan rangkaian jam tangan baharu mereka yang sarat dengan pembaharuan terkini dan pastinya antara item fesyen mesti ada.
Untuk musim ini, MK mempersembahkan empat jenis rangkaian tersendiri yang masing-masing mempunyai ciri-ciri jam tangan yang cukup mempersonakan. Ia termasuklah ikonik Lexington (untuk perempuan), Blake dan Keaton (untuk lelaki), serta edisi Runway touchscreen smartwatch.