Kedatangan musim baharu tidak akan lengkap tanpa paparan kempen fesyen yang berkonsep serba baharu. Bermusim-musim sudah berlalu, imej kempen fesyen kekal relevan dan senantiasa dinantikan. Selain bertindak sebagai strategi utama pemasaran, kempen fesyen berperanan sebagai penghangat kehadiran musim baharu.
Pandemik yang melanda dunia tidak mengugat jenama-jenama fesyen untuk terus menghasilkan kempen fesyen yang unggul. Malah, setakat ini, tak banyak rumah fesyen yang menggarap senario pandemik sebagai latar kempen fesyen. I bet the show must go on.
Pun begitu, terdapat rumah-rumah fesyen yang menampilkan wajah-wajah segar sebagai tunjang kempen. Jurugambar-jurugambar profesional meneruskan kerjasama mereka bersama rumah-rumah fesyen tertentu.
Sekadar menyebut, Saint Laurent yang melantik ahli kumpulan BlackPink, Rose sebagai penghias kempen musim luruh 2020. Jurugambar David Sims yang menangkap imejnya dalam konsep hitam dan putih. Wajah Asia untuk jenama antarabangsa, such an amazing move. Coach pula meraikan keluarga kecil Jennifer Lopez untuk kempen fesyen musim luruh 2020. Jennifer Lopez mengumpulkan anak-anak kesayangannya sewaktu ‘lockdown’ bersama di Los Angeles.
Jom imbas kempen fesyen musim luruh/sejuk 2020 yang kami kira paling hangat.