Hubungan asmara antara Kendall Jenner dan Bad Bunny kini terakam secara komersil menerusi kempen terbaru rumah fesyen tersohor Milan, Gucci.
Desas-desus tentang kemesraan anatara supermodel masa kini Kendall Jenner bersama penyanyi rap kelahiran Puerto Rico, Bad Bunny mula bertebaran sejak Februari tahun ini apabila kedua-duanya dilihat dirakam keluar makan malam bersama di Beverly Hills. Selang beberapa hari di bulan yang sama mereka sekali lagi keluar bersama dan kali ini diiringi celebrity couple terkenal, Justin Bieber dan Hailey Bieber.
Sejak Februari itu sudah kerap kali Kendal dan Bad Bunny dilihat bersama, dari keluar menonton perlawanan bola keranjang, hadir ke after-party MET GALA dan paling baru duduk di bangku baris hadapan untuk pertunjukan fesyen Gucci di Milan.
Dan usai Gucci mementaskan koleksinya, kempen terbaru Gucci Valigeria yang memaparkan love bird ini dilancarkan. Kemesraan jelas terpancar menerusi kempen ini, dan chemistry mereka adalah rencah utama yang menghidupkan kempen ini.
Dirakamkan di lapangan terbang, konsep kempen ini adalah untuk menghidupkan kembali imej ‘jet set glamour’ di era 90-an. Kempen ini dirakamkan oleh jurufoto terkenal, Anthony Seklaoui. Kempen ini juga diarahkan oleh pengarah kreatif Gucci yang baru, Sabato De Sarno.
Kempen ini tampil bersahaja menerusi padanan kasual bersama koleksi kembara Gucci merangkumi bagasi pelbagai saiz. Kendall dan Bad Bunny dilihat bersama koleksi signature Gucci Savoy termasuklah GG Supreme duffle bags dalam pelbagai saiz.