10 tahun lalu, Kendall Jenner hanya berusia 11 tahun. Minggu ini, model terkenal yang baru berusia 21 tahun ini bakal bergelar Fashion Icon Of The Decade.
Model of the moment, Kendall yang seiring dengan adik beradik Hadid iaitu Bella dan Gigi bakal menerima penghormatan tersebut pada 8 September nanti di New York Fashion Week. Gelaran itu dikeluarkan oleh laman web dan penerbitan industri fesyen, Daily Front Row.
Kendall kini mempunyai 83 juta pengikut di Instagram. Rata-rata membanjiri ruangan komen media sosial model terkenal ini dengan ucapan tahniah dan berbangga ke atas pencapaiannya.
Meskipun begitu, ada juga diantara pengikutnya yang tidak bersetuju akan penghormatan kepada Kendall itu kerana bagi mereka yang selayaknya adalah Naomi Campbella atau Cindy Crawford.
Umum tahu yang Kendall telah menjadi seorang model pentas peragaan fesyen untuk banyak jenama ternama. Bahkan, dia juga terkenal menerusi program realiti TV berjudul Keeping Up With The Kardashians.
Kendall merupakan anak kepada Kris Jenner, bekas isteri kepada Robert Kardashian dan Caitlyn Jenner. EH! himpunkan beberapa gambar Kendall berjalan di pentas peragaan. Klik seterusnya.