Fashion IT girl juga bintang media sosial, Kendall Jenner mengetuai barisan selebriti yang menduduki bangku hadapan pementasan Longchamp bersempena New York Fashion Week. Pementasan koleksi musim luruh/sejuk 2020 ini turut menampilkan Ashley Benson, Storm Reid, Lila Moss, Molly Gordon, Alexandra Shipp dan supermodel Coco Rocha. Tidak ketinggalan fashion girls dari Malaysia sendiri iaitu Daiyan Trisha, Yaya Zahir dan Juweh Teoh yang tampil uber cool dalam persalinan head-to-toe daripada Longchamp.
Buat pementasan keempat di kota New York ini, Pengarah Kreatif Longchamp, Sophie Delafontaine mempersembahkan sebuah koleksi yang bervisikan wanita Perancis yang sentiasa maju ke hadapan dalam mencari sesuatu yang baharu. Dia juga merupakan bintang dalam filemnya sendiri, berkarakter kompleks dan mempunyai lebih dari satu dimensi.
Himpunan terbaharu ini bermula pada era 70-an yang lebih bebas dalam mengekspresikan personaliti diri melalui fesyen. Ikon 70-an seperti Catherine Deneuve, Romy Schneider dan Stephane Audran cukup terkenal dengan mempunyai stail fesyen tersendiri yang membezakan mereka dengan orang lain, lantas dijadikan refleksi utama pada pementasan Longchamp kali ini.
Untuk musim luruh/sejuk 2020 kali ini, aksesori kulit ikonik dihembuskan dengan nafas baharu seperti beg tangan Le Pliage membuat kemunculan di atas pentas dalam variasi saiz dari micro-mini ke oversized. Manakala, beg tangan Roseau dengan rekaan buluh signature pula diberikan dengan proposi architectural baharu. Sophie Delafontaine turut menyuntik pembaharuan pada beg tangan “It” original iaitu Longchamp 1980 yang menampilkan stail heritage yang pernah dipakainya sendiri ketika kecil lagi.
1 comment
Great content! Super high-quality! Keep it up! 🙂