Jenama pakaian Athleisure, Butter Singapura mengumumkan pelancaran barisan pakaian aktif yang popular antaranya, BaseCoreTM, BaseFlexTM dan Recreation memenuhi keperluan fesyen sukan di Malaysia.
Rekaan yang disesuaikan untuk pergerakan yang lasak dan pelbagai, Butter.Sg menyasarkan satu siri gaya hidup sihat dan serba boleh buat wanita yang inginkan kehidupan aktif tanpa batasan. Barisan fesyen Activewear ini mempunyai saiz yang eksklusif dan direka untuk pelbagai jenis saiz wanita.
Kajian menunjukkan bahawa wanita Asia cenderung mempunyai pinggang yang lebih kecil dan pinggul yang lebih lebar berbanding orang Barat disebabkan oleh keturunan genetik.
Untuk memperkasakan gaya hidup sihat wanita Asia, jenama Athleisure, Butter.Sg ingin meraikan pelbagai bentuk dan saiz wanita. Menginginkan setiap wanita untuk berasa cantik dengan perggerakkan badan mereka, Butter.Sg memperkenalkan barisan sportbra dan koleksi seluar leggings yang direka dalam dua fabrikasi berbeza iaitu BaseCoreTM dan BaseFlexTM. Sejajar itu, mereka juga memperkenalkan koleksi gaya santai Recreation.
Direka dengan kefungsian sukan dan sesuai untuk harian gaya hidup, Butter.Sg menyokong aktiviti wanita Asia dengan memberi keselesaan baju dan seluar yang boleh dipakai untuk aktiviti gim atau di luar sambil bergaya.
BaseCoreTM & BaseFlexTM
Dua fabrikasi yang berbeza ini pastinya memenuhi pilihan pergerakan anda. Daripada aktiviti berintensiti tinggi kepada aktiviti berintensiti rendah seperti yoga atau hanya berehat di sofa, koleksi Butter.Sg ini pastinya memenuhi keselesaan anda untuk setiap hari.
Peminat Athleisure yang lebih sukakan aktiviti berintensiti tinggi atau kardio yang lebih berat seperti aktiviti larian atau latihan CrossFit, boleh memilih rangkaian BaseCoreTM. Fabriknya lebih menyerap peluh, direka bentuk untuk menjadi mampat, selesa dan sejuk untuk dipakai setiap hari. Antara rangkaian pakaian termasuk Piper Bra, V-Bra, Biker Shorts dan Legging Klasik. Rangkaian BaseCoreTM berharga dari RM 160 hingga RM 250.
Sebaliknya, bagi peminat sukan yang lebih suka aktiviti zen atau aktiviti berintensiti rendah seperti Yoga, Pilates dan Barre, boleh memilih BaseFlexTM, rangkaian fabrik Butter.Sg yang lembut dan halus seperti sutera, direka bentuk untuk memberi rasa yang ringan dan fleksibiliti kepada si pemakai. Sorotan rangkaian termasuk Bra Flex, Bra Yin, Seluar Pendek Flex dan Legging Flex. Rangkaian BaseFlexTM berharga dari RM160 hingga RM260.
Recreation
Peminat Athleisure yang mencari pakaian kasual bergaya yang selesa dipakai pada hujung minggu dan gaya ingin keluar bersama rakan-rakan mereka atau pakaian selesa untuk berehat di rumah, boleh memilih rangkaian Recreation. Rekaan ini memfokuskan pada keperluan santai dan fabrikasi yang selesa bernafas dan sesuai untuk digayakan dimana jua.
Rangkaian ini menampilkan pakaian sepasang pada bahagian atas dan bawah seperti Studio T, Club Sweater and Rec Shorts berharga dari RM 158 dan RM 209. Kesemua rekaan ini menampilkan saiz dari XXS hingga XXL.
Untuk meraikan pelancaran koleksi ini, Butter.Sg. bekerjasama dengan Journey dengan mengeluarkan koleksi edisi terhad yang akan dijual secara eksklusif di Journey Indoor Cycling Studio sementara stok masih ada. Koleksi ini menonjolkan produk BaseCoreTM seperti V-Bra dan Legging Klasik mereka dalam warna kuning mentega krim ikonik edisi terhad.
Manakala rangkaian lain terjual eksklusif di platform e-dagang rasmi mereka Butter Singapura. Setiap pembelian RM200 akan disertakan dengan penghantaran percuma dan pertukaran percuma untuk saiz pada pesanan pertama.
Artikel berkaitan: Kolaborasi Terbaharu Skechers X Demon Slayer