MENJALANI KEHIDUPAN SUPER GLAMOR! KISAH KEMATIAN TRAGIS JUGA YANG ORANG INGAT.
Kita bakal dipertontonkan kisah kematian tragis Maurizio Gucci melalui filem House of Gucci pada November tahun ini. Sebelum itu, EH! mahu selak kisah kematian pereka fesyen lain yang cukup meninggalkan kesan pada dunia kreatif ini. Mungkinkah dek kerana terlalu popular sampai orang lain sanggup membunuh mereka? Atau mereka cabut nyawa sendiri dek kerana terlalu diulit dengan misteri kreatif sendiri?
GIANNI VERSACE
Andrew Cunanan adalah orang yang membunuh pereka fesyen mashyur, Gianni Versace pada 15 Julai 1997. Selepas Versace pulang daripada Miami Beach, Cunanan melepaskan tembakan kearan pereka fesyen itu lalu mati di tangga hadapan mahligai milik Versace. Darah melimpah di Casa Casuarina atas dua tembakan yang kena dibelakang kepala Versace daripada pistol 0,40 kaliber milik Cunanan. Kisah kematian tragis ini membongkarkan yang Cunanan sebenarnya adalah pembunuh bersiri dan sebelum ini dia sudah membunuh empat mangsa.