KATE SPADE
Pada 5 Jun 2018 dunia dikejutan dengan perkhabaran kematian pereka fesyen, Kate Spade. Dia memilih untuk mengambil nyawanya sendiri dengan cara menggantungkan dirinya. Spade sempat meninggalkan nota buat suami dan anaknya dengan mengatakan ini bukanlah salah mereka. Suami mendiang berkongsi yang sehari sebelum kejadian, Kate Spade tidak langsung nampak sedih dan berkelakuan seperti biasa. Mereka sudah 10 bulan duduk berpisah tetapi dalam satu kawasan yang sama agar memudahkan urusan penjagaan anak. Sebelum kematian, dia juga tidak lagi memegang jenama Kate Spade.