ALEXANDER MCQUEEN
Pereka fesyen yang berani dan antara yang disegani, Alexander McQueen mengakhirkan nyawanya pada usia 40 tahun. Dia diketemui meninggal dunia pada 11 Februari 2010. Sebelum mencabut nyawa sendiri, McQueen telah meninggalkan nota bunuh diri. Dalam satu laporan mengatakan McQueen telah mengambil dadah kokain, pill tidur dan ubat penenang. Antara sebab utama McQueen membunuh diri adala sebab tekanan kerja yang berlebihan juga kerana ibunya sudah meninggal dunia terlebih dahulu.