Tidak suka kasut tinggi tetapi masih mahukan sedikit ketinggian? Kitten heels mungkin jawapannya.
Dengan tumit rendah dan lebih mudah untuk dipakai, kasut ini mula popular sekitar 1950-an dimana ia sering dikaitkan dengan gaya ikonik Audrey Hepburn.
Kini, kitten heels kembali dengan rekaan yang lebih moden. Daripada peep-toe mule hinggalah slingback dan bermacam-macam pula ilham perincian seperti berhias bulu, pilihannya semakin banyak dan menarik.
Jom ikut EH! intai 6 pasang kitten heels daripada label mewah hingga pilihan lebih mesra poket!
Jimmy Choo Glare Mule 80 (RM8,275)

Kalau anda mahukan kitten heels yang nampak lebih statement, Jimmy Choo Glare Mule 80 boleh menjadi antara pilihan yang terbaik.
Rekaan peep-toe ini hadir dalam gabungan amber dan coklat dengan corak tortoiseshell yang memberikan sentuhan retro. Malah, bahagian yang paling menarik ialah plexy wedge yang membuatkan kasut ini nampak lebih moden dan sculptural.
Material lut sinar yang terletak pada bahagian wedge juga memberikan kontras dengan corak tortoiseshell di atasnya. Dengan rekaannya yang menonjol dan kelihatan sedikit funky, kasut ini lebih sesuai digayakan bersama pakaian minimal supaya ia menjadi fokus utama.
Prada Brushed LeatherSlingback Pumps (RM5,500)

Untuk gaya yang lebih klasik dan kemas, Prada Brushed Leather Slingback Pumps menawarkan siluet yang lebih understated. Kasut yang diperbuat daripada calfskin dan mempunyai slingback strap bersama gancu besi.
Logo Prada pula tampil pada bahagian upper melalui teknik screen-print, manakala rubber sole dilengkapi logo yang di-hot stamp. Rekaan slingback yang menjadikannya mudah untuk dipadankan dengan pakaian pejabat seperti tailored trousers atau skirt.
Ia juga boleh digayakan bersama dress yang sesuai untuk acara yang lebih formal.
Staud Freja Kitten Heels Black Feathers (RM2,000)

Kitten heels tidak semestinya perlu sentiasa kelihatan klasik. Staud Freja Kitten Heel Black Feathers hadir dengan kemasan feather trim yang memberikan testur dan sedikit drama pada kasut.
Materialnya yang menggabungkan cow leather, lamb nappa dan rubber. Rekaan ini juga tersedia dalam pelbagai warna dan corak. Perincian bulu yang menjadikkannya lebih sesuai untuk makan malam, acara malam atau ketika anda mahu kasut itu menjadi watak utama dalam gaya anda.
Sam Edelman Jeanie Heeled Mule (RM1,350)

Suka kasut yang nampak lebih nampak bold? Jenama ini hadir dengan kemasan zebra Brahma hair yang bakal mencuri perhatian anda. Rekaan open-toe memberikan rasa lebih santai, manakala material leather dan suede menambahkan tekstur pada kasut.
Walaupun coraknya agak menonjol, siluet mule membuatkannya cukup versatile untuk digayakan dalam pelbagai cara. Untuk gaya yang lebih kasual, padankan bersama jeans dan kemeja putih. Kalau mahukan sesuatu yang lebih dressy anda boleh cuba gayakan bersama gaun hitam.
Charles & Keith Leather Embroidered Heeled Mule (RM379.90)

Bagi yang mahukan pilihan lebih senang, Charles & Keith Leather Embroidered Heeled Mule menawarkan rekaan feminin yang mudah dipakai setiap hari. Kasut ini hadir dalam dua jenis pilihan warna iaitu white dan beige, dengan detail embroidery pada bahagian atas.
Diperbuat daripada Nappa calf leather dengan fabric lining, materialnya memberikan kemasan yang lebih kemas dan terletak. Warna neutral juga menjadikannya mudah dipadankan dengan jean, seluar panjang atau skirt. Kalau anda baru mahu mencuba trend kitten heels, ini antara pilihan yang lebih mudah untuk dimasukkan ke dalam wardrobe harian.
Nose Mesh Pointed-Toe Mules With Satin Bow (RM139.90)

Tidak mahu berbelanja besar untuk mencuba trend ini? Nose ialah penyelamat anda untuk mencuba keluaran mereka iaitu Mesh Pointed-Toe Mules with Satin Bow.
Rekaan pointed-toe memberikan bentuk yang lebih sleek, manakala material mesh menjadikan kasut kelihatan ringan dan selesa untuk dipakai. Tidak lupa jugak dengan detail satin bow yang menambahkan sentuhan feminin tanpa membuatkan rekaan ini nampak terlalu sarat.
Kasut ini hadir dalam tiga pilhan warna, jadi ia lebih mudah untuk dipadankan dengan pakaian harian atau pun acara yang tidak terlalu formal.
Artikel Berkaitan: Kasut ‘Must Have’ Bulan Patriotik Ini!
