Adalah satu misteri buat wanita untuk menyelesaikan masalah beg mana yang sempurna untuk mereka. Setiap situasi pasti yang menjadi beban adalah untuk memilih beg. Setiap look ada beg yang tersendiri. Tetapi, bagaimana jika mahukan satu beg yang sesuai untuk dipakai dalam apa juga keadaan dan stail. Tidak kisah mahu ke kafe berhujung minggu dengan sahabat, atau singgah ke pasar tetapi masih nampak chic. Maka lahirlah Knott Satchel!
Kate Spade kini bangga dengan terlahirnya beg Knott Satchel baru mereka ini. Kerana apa yang dikongsikan oleh Pengarah Kreatif mereka, Nicola Glass, beg yang satu ini untuk menyempurnakan gaya dan karakter semua wanita. Tidak kisahlah apa jua situasi yang bakal wanita lalui hari itu, beg ini mampu tambah sensasi pada gayanya.
Glass juga berkongsi yang beg ini mempunayi cetusan rona pop yang punya karakter girang. Ia bisa menolong untuk menzahirkan cita gaya harian dengan stail perincian yang unik. Beg ini diserikan dengan ikatan pada sisi beg. Seakan mencipta drama sendiri dengan mengikat beg menjadi satu. Beg baru musim bunga 2021 juga diindahkan bersama pilihan corak klasik Kate Spade, yakni motif berjalur.
Beg baru ilham Nicola Glass buat Kate Spade ini hadir dalam tiga saiz; mini, medium dan large. Cara gayanya boleh disarung silang pada badan atau sekadar menjinjitnya seakan ladylike. Ia cukup versatil, memudahkan wanita dalam hal bergaya.
Pautan Berkenaan: Nike React Escape Run, Pelengkap Aktiviti Sihat