Apa plan kamu untuk tahun 2021? Jika diberi peluang untuk melakukan apa sahaja, tanpa aturan. Tetapi masih menjaga diri agar tidak terkena palitan Covid-19. Mungkin boleh masukkan acara berkhemah sebagai salah satu rancangan liburan tahun hadapan. Kita perlu dekat dengan alam, hargainya dengan menikmati kesuburan dan ketenangannya. Tapi mungkin juga lebih cantik dengan dibaluti helaian cantik yang praktikal. Ini semua ada dalam kolaborasi baru Gucci bersama The North Face. Ia bakal menjelma di butik Gucci pada lapan Januari 2021! Better put on your celander now!
Pemilihan Gucci untuk kolaborasi dengn The North Face adalah atas tiket komitmen mereka menjaga alam sekitar. The North Face yang memulakan jenama pada 1966 sudah terkenal dengan rekaan aktiviti lasak dengan sifat praktikaliti yang tinggi. Tambahan, Alessandro Michele di Gucci juga meletakkan kerja sama dua jenama ini sebagai langkah menjulang kelestarian alam sekitar juga fesyen. Sebagai contoh, ada beg yang dihasilkan dengan menggunakan material ECONYL®. Ia adalah fabrik yang dikitar semula daripada sisa plastik seperti jaring net ikan dan ditukar menjadi nilon.
Ini adalah enam item wajib Add To Cart daripada The North Face X Gucci!
Pautan Berkenaan: Gucci Garage Buat Gamers