Koleksi pakaian sopan yang diinspirasikan oleh elemen bunga Plumbago dan digabungkan bersama keunikan siluet LILIT.
Kolaborasi LILIT. X Nala yang unik dan menarik menanti anda! Gabungan corak floral bersama warna-warna terang telah melahirkan satu koleksi yang akan menerajukan peminat fesyen.
LILIT. X Nala merupakan satu kolaborasi bersama jenama tempatan yang terkenal dengan warna dan corak yang bold. Mengambil inspirasi daripada bunga Plumbago yang melambangkan harapan dan kesejahteraan, koleksi terbaru ini memberikan sesuatu yang tidak pernah dilihat pada rekaan pakaian LILIT. iaitu corak yang berwarna-warni. Objektif jenama ini adalah untuk menjadikan pakaian berjenama mampu milik, sopan dan tersedia untuk semua pelanggan.
” Di LILIT. kami sentiasa berusaha untuk menjayakan pelbagai jenis kolaborasi buat pelanggan kami dan memudahkan pemakaian sopan bagi semua wanita. Kami mendapat respon dan sambutan yang baik apabila kami melakukan kolaborasi bersama jenama terkenal, personaliti dan pereka fesyen. Matlamat kami adalah untuk menjadikan pemakaian sopan, mudah.” Kongsi Amee Halim, Pengurus jenama LILIT.