LILIT. X Nala memberikan pemakai pesona yang terbaik daripada dunia fesyen yang berwarna-warni digabungkan ke dalam elemen pemakaian sopan dengan corak dan cetakan ini dalam koleksi identiti LILIT. seperti Comeback Top and Skirt, Contrast Tunic Shirt, High Neck Ribbed Dress dan banyak lagi. Kebanyakkan pakaian dalam koleksi LILIT X Nala mesra menyusu, didatangi dengan poket, anti-kedut dan mudah digosok. Si pemakai tidak perlu kos penggayaan pakaian yang tinggi hanya untuk kelihatan cantik, sopan dan elegan!
Tersedia dalam tiga corak unik, Butterscotch, Cloud Pink dan Lime Sherbet. Koleksi ini dihasilkan daripada fabric yang lembut dan ringan untuk keselesaan pemakai. Ia boleh didapati dalam pelbagai saiz iaitu daripada XXS (UK4) sehingga 5XL (UK22). Di samping itu, terdapat juga totebag edisi terhad yang dijual pada harga RM 39.90 sahaja.
Koleksi LILIT X Nala boleh didapati mulai 25 Ogos 2022 di laman sesawang LILIT. dan di semua butik LILIT. yang terletak di KL East Mall, IOI City Mall, Bangsar Village II, Setia City Mall dan Haji Lane Singapore. Informasi terkini, ikuti LILIT. di Instagram.