Meraikan hujung tahun bersama maskot Coach, si Rexy yang asyik menikmati kota New York! Sarat dengan penggunaan material mewah bersama cetusan rona indah juga perincian yang punya nilai ceria menjanjikan koleksi Coach Holiday 2020 suatu himpunan yang menarik hati. Tersergam indah motif skylines New York yang dipadukan bersama DNA penting Coach yakni Singature C dan House and Carriage.
Melalui koleksi Holiday Coach ini, ada dua rekaan beg yang menjadi taruhan. Pertama adalah The Beat Bag yang mana rekaannya diambil daripada karakter kota New York bersama cetusan attitude downtown! Gancu bentuk C menjadi pelengkap beg ini dan disertakan juga rantai metal untuk mereka yang mahukan sesuatu lebih ranggi.
Buat yang berjiwa feminin mungkin boleh selitkan beg bahu Swinger! Berekaan lebih membujur, beg ini terletak elok di bawah lengan! Walaupun mendapat idea daripada arkib Coach, beg ini juga terhasil daripada gaya wanita 2000! Paris Hilton pasti setuju dengan beg cute Coach ini! Pack that white Swinger bag!
IDEA GAYA DENGAN BEG THE BEAT
IDEA GAYA BERSAMA BEG SWINGER
Pautan berkenaan: Yuna hangatkan acara Coach di New York