Merayakan musim panas, FENDI mendedikasikan serangkaian koleksi kapsul, dengan injeksi penuh warna, ceria dan membangkitkan mood berlibur. Dominasi warna kuning, dan biru menjadi warna yang mencemerlangkan koleksi ini. Sempena meraikan koleksi kapsul terbaru ini, kempen musim panas 2021 turut dilancarkan dengan menampilkan dua wajah semasa, Jackson Wang dan Junyi. Baru-baru ini, Junyi pernah muncul di atas pentas FENDI Couture musim panas 2021 yang berlangsung di Shanghai.
Lengkapi penampilan dengan deretan ready-to-wear, aksesori, hingga beg, khusus lelaki, perempuan hingga kanak-kanak. Sebahagian rekaan yang terkandung, merupakan kolaborasi bersama pelukis visual dari New York, Sarah Coleman. Menandakan hubungan kreatif antara FENDI dan Sarah Coleman, memperlihatkan rekaan yang segar, kekinian dan nyata mereferensi pada era ‘70-an.
Motif FF Vertigo adalah intepretasi baharu FENDI yang diilhamkan dari corak logo ikonik FF untuk mewujudkan satu perspektif baharu yang memikat serta mengusung citra seni era ‘70-an yakni teknik seni ‘psychedelic’. Tambahan pula, inspirasi fesyen dan seni yang berpengaruh dari era ‘70-an diperhatikan semakin rancak membentuk ilham seni koleksi-koleksi fesyen terkini. Motif FF Vertigo giat ditampilkan pada beberapa rekaan utama, hinggalah membentuk tunjang utama koleksi ini.
Motif FF Vertigo dikesan menghiasi pada beg-beg lelaki, seperti FENDI Pack dan Flat Baguette yang praktikal. Untuk beg wanita pula, FF Vertigo dicetak pada tas Peekaboo yang klasik juga tas Baguette 1997 yang baru, edisi ulang tahun, menampilkan siluet tas yang lebih kecil. Dan pemegang yang praktikal, untuk memberi opsyen yang pelbagai kala membawanya.
FENDI Mini Sunshine Shopper turut dimuatkan, tawaran beg yang ideal untuk wanita masa kini, menyenangkan, praktikal dan serbaguna dalam material jerami dengan kontra warna dan versi kulit yang lebih klasik dengan logo FENDI ROMA yang ikonik.
Terinspirasi oleh rasa kembara dan jiwa bebas yang berkait dengan gaya fesyen ‘70-an dan ‘90-an, penawaran pakaian siap pakai menawarkan stail dan faktor fungsi terbaik. Dalam rangkaian RTW wanita, jaket multi-saku, jaket parka, jaket sporty, dan celana yang disuntikkan dengan nuansa utilitarian, memunculkan gaya ‘street wear’ bersifat atletik. Pakaian renang dan bikini one-piece dan pilihan helaian musim panas lainnya, nyata mengkoordinasikan ragaman gaya untuk menonjolkan karakter peribadi yang tersendiri.
Set kempen yang menjunjung tema warna-warna terang, seperti kuning dan oren dengan sentuhan biru dan hijau, mencerminkan spektrum warna utama koleksi ini. Bayangan saat liburan dan rasa bebas turut dirasai dalam penghasilan kempen. Bertepatan dengan inspirasi koleksi ini yang nyata mendedikasi stail musim panas.
Artikel berkaitan: Louis Vuitton Musim Panas 2021, Jejaki Antisipasi Liburan