Koleksi Musim Bunga/Panas 2025 H&M menjerit penghormatan kepada kewanitaan moden — satu eksplorasi tentang emosi, identiti dan gaya.
Baru-baru ini, saya diberi peluang untuk terbang ke Singapura bagi pelancaran Koleksi Musim Bunga/Panas 2025 jenama fesyen terkemuka, H&M.
H&M turut membawakan enam selebriti terkenal Malaysia — Scha Alyahya, Awal Ashaari, Dolla, dan Azira Shafinaz — serta menampilkan tetamu istimewa yang diterbangkan khas dari Korea, Huening Bahiyyih dari kumpulan Kep1er.
Kempen ini menampilkan ikon wanita inspirasi seperti Tyla, FKA twigs dan Caroline Polachek, memperkukuh visi fesyen H&M yang berani serta komitmennya dalam menjalin hubungan antara muzik dan fesyen.
Koleksi ini menawarkan perspektif berbeza yang saling melengkapi — meraikan kewanitaan dalam semua nuansanya. Ia menghidupkan aura bohemia ethereal dengan gaya festival ke kota yang diinspirasikan daripada glam rock 70-an dan gaya androgini New Romantic.
Sentuhan nostalgia diolah semula dengan gaya urban moden, menyatukan elemen 70-an, 90-an dan zaman kini. Setiap helaian bebas namun penuh keyakinan, kaya dengan tekstur memikat — daripada blaus jarang dan gaun kait halus hinggalah ke skirt beropol potongan laser serta jaket kulit berstruktur.
Tidak dilupakan, aksesori memainkan peranan penting dalam menyerlahkan semangat boho yang menjadi nadi koleksi ini. Antara yang mencuri perhatian saya ialah beg bahu lembut di mana ia hadir pelbagai saiz dan kemasan, sepatu dengan corak kulit ular yang unik, but biker bergaya lasak, serta tali pinggang yang menambah definisi pada siluet.
Penampilan dilengkapkan dengan pilihan perhiasan yang memberi sentuhan klasik dan berani — loket bergaya antik, anting-anting, choker yang mencuri tumpuan, serta pelbagai aksesori logam dan resin.
Anda boleh lawati stor mereka untuk dapatkan koleksi ini atau di laman web mereka.
Baca: Gaya Mewah dan Sotisfikated Menerusi Holiday Capsule H&M Studio