Hadir dengan koleksi terbaru yang digelar ‘A Sense of Ease’, Uniqlo menyajikan barisan pakaian yang ringkas dengan ‘clean look’, tetapi masih mengekalkan kualiti premiumnya.
Sekali lagi membuat kemunculan terbarunya, dengan melancarkan koleksi Uniqlo U Musim Bunga/Musim Panas 10 Februari ini. Koleksi terbaru ini mendapat sentuhan magis daripada Pengarah Artistik Christophe Lemaire, bersama pasukan R&D UNIQLO di Paris. Koleksi yang bertemakan ‘A Sense of Ease’ ini, menawarkan almari pakaian yang moden dan malar segar yang mengetengahkan konsep pakaian yang praktikal.
Simbolik dengan stail Uniqlo, barisan pakaian ini dihasilkan dengan lapisan kepingan kapas yang lembut dan pusam (matte), dan penggunaan kapas AIRism yang menyegarkan. Turut dipadankan dengan pakaian luar utilitarian yang berangin, menciptakan rangkaian lengkap asas serba boleh, yang dipertimbangkan dengan teliti, sesuai dengan keadaan yang selalunya tidak dijangka.
Kali ini memilih untuk muncul dengan palet warna yang lebih ceria tetapi anggun, Uniqlo telah menggabungkan warna neutral yang bersahaja, seperti biru dan kuning air, dipadankan bersama dengan warna pop terang seperti hijau, oren, kuning, ungu dan merah jambu yang terang.