Pakaian Lelaki
Himpunan pakaian buat para jejaka juga menyajikan rangkaian pakaian asas yang lengkap dan multi fungsi, untuk stail moden namun malar segar. Menampilkan kemeja berjalur Seersucker dengan padanan seluar kapas pendek, dipotong lebar untuk menghasilkan siluet yang mudah untuk musim panas. Jaket utiliti bersaiz besar adalah ciri bahagian baharu untuk pakaian luar yang boleh anda miliki dengan harga bermula dari RM299.90-RM499.90.
Turut hadir dengan reka bentuk crew neck kemeja-T dengan lengan tiga suku, menyempurnakan lagi padanan rupa ‘boxy fit’. Ciri utilitarian yang mudah dengan tali boleh laras di penghujungnya, merupakan antara ciri yang menarik terdapat pada Parachute Pants untuk koleksi kali ini.