Onitsuka Tiger kembali dengan tagline, “Made in Japan”, koleksi Musim Bunga/Panas 2023, gaya kontemporari gabungan fesyen dan minimalisme budaya Japan.
Mensublimasikan minimalisme siluet dan warna teras identiti Japan, Onitsuka Tiger mencetuskan inspirasi minimalisme Japan dalam rekaan inovatifnya, koleksi Musim Bunga/Panas 2023. Terkenal dengan perkenalan fesyen antara warisan Jepun dan pakaian sukan yang berinovatif, Onitsuka Tiger diasaskan pada 1949, memperkenalkan variasi fesyen sukan dalam desain artistik trend, penuh warisan dan berdaya inovasi.
Koleksi Musim Bunga/Panas Onitsuka Tiger 2023
Meraikan siluet minimalisme Japan, Onitsuka Tiger meleburkan inti fesyen berbentuk inovatif bersama warisan unik, mengekspresikan kemuncak keindahan estetika subtratik. Dilancarkan di butik Pavilion KL bermula April 2023 ini, koleksi musim bunga/panas Onitsuka Tiger 2023 tersedia untuk pengalaman secara peribadi dan akses laju melalui laman web rasmi Onitsuka Tiger.
Pengarah Kreatif Onitsuka Tiger, Andrea Pompilio, menjelaskan koleksi Musim Bunga/Panas 2023 ini mengetengahkan perbezaan pelbagai elemen, antaranya siluet dan ruang, langit dan warna bangunan serta latar belakang geometri dan sfera. Visual kempen fesyen ini dimeriahkan dengan kemunculan bola gergasi seakan planet untuk memberikan artistik impak. ” Dalam usaha untuk menarik perhatian terhadap setiap perincian dalam koleksi ini, setiap bentuk dan minimalisme artistiknya, dan menyerlahkan kontras dengan siluet yang elegan, penampilan peragawan dan peragawati sengaja dijauhkan daripada pandangan penuh dan latar belakangnya dibiarkan ringkas,” jelas Andre Pompilio.
Koleksi yang ditakrifkan dengan perincian helaian siluet yang ringkas ini dihasilkan eksklusif dari Jepun, “Made in Japan” – dipinjam daripada budaya Jepun. Siluet beralun, kental dalam warisannya dengan perincian yang mendalam, dikemaskan dengan logo ikonik bersulam jahitan zigzag, pengakhiran jahitan kelim yang menarik.
Himpunan kasut dan aksesori turut meninggalkan impak tersendiri. Sepatu ikonik SERRANO™ mempunyai motif grafik bercetak yang mengingatkan kepada cakaran harimau dan diperbaharui sebagai model TIRRACK™. Selipar kulit yang diinspirasikan oleh selipar setta dihasilkan di Jepun, sementara model SCLAW™ dan SCLAW™ MT, yang menampilkan beberapa perincian pada padanan tinggi dan rendah, menjadikan kasut baharu musim ini tampak lincah dan berprestasi tinggi.