Sejak 185, Louis Vuitton telah memperkenalkan rekaan yang mempunyai seni bermutu serta kualiti yang tinggi. Kini, Nicholas Ghesqueire pula mahu merayakan tahun keramat dengan melancarkan satu fabrik jacquard yang cukup dekat dengan jenama Paris ini. Terus, terlancarlah koleksi Since 1854 yang meraikan seni tenunan bercorak monogram dan tahun 1854.
Melalui koleksi Since 1854 ini, Ghesquiere bijak memadukan memori vintaj dengan cetusan rekaan siluet yang lebih moden. Motif bunga monogram rekaan Georges Vuitton diberikan sentuhan sekarang. Nombor 8 pula digubah menjadi bunga monogram mencipta ilusi grafik baru di Louis Vuitton.
Di Malaysia, Daiyan Trisha dijemput untuk menggayakan himpunan ini. Video yang dinaikkan dalam Instagram milik penyanyi dan pelakon ini sarat dengan aksesori dan ceraian Since 1854. Ada juga kemunculan kucing peliharaannya dalam video comel ini.