Dari kegunaan harian, gaya jalanan kota ke kampus universiti, totebag kini menjadi simbol gaya hidup moden yang ringkas namun bergaya.
Kalau kita tengok trend sekarang, totebag memang dah jadi salah satu aksesori yang wajib ada tak kira lelaki atau perempuan. Dari gaya santai hujung minggu sampai lah ke outfit kerja yang lebih smart-casual, totebag boleh ‘blend in’ dengan mudah dan tambah elemen stylish tanpa perlu usaha lebih.
Apa yang buat totebag ini menjadi pilihan ramai adalah sebab ia sangat praktikal, besar, ringan dan boleh muat macam-macam barang. Nak bawa laptop? Boleh. Buku nota, makeup pouch, botol air, semuanya muat untuk dimasukkan. Pendek kata, satu beg cukup untuk semua benda.
Apa yang menarik, totebag juga dah jadi cara orang ekspres diri. Dengan pelbagai pilihan warna, tekstur dan design yang ada sekarang, EH! senaraikan totebag ikut personaliti dan mood.
1. Marc Jacobs – The Tote Bag
Totebag dari Marc Jacobs ini menjadi ikon fesyen kasual moden dengan rekaan bold yang menampilkan tulisan besar “The Tote Bag” di hadapan. Ia hadir dalam pelbagai saiz iaitu mini, small, medium dan diperbuat daripada material canvas, kulit dan kulit sintetik. Sangat sesuai untuk gaya harian santai, padan dengan jeans dan T-shirt atau oversized blazer. Harga anggaran bermula dari RM850 hingga RM2,500 bergantung kepada saiz dan material. Beg ini trending kerana reka bentuknya yang catchy, mudah digayakan dan sering dilihat dipakai oleh selebriti serta influencer global.
2. Telfar – Shopping Bag
Telfar dikenali dengan pendekatan fesyen ehsklusif dan Shopping Bag mereka menyerlah dengan gaya uniseks yang clean dan moden. Beg ini hadir dalam pelbagai warna dan tiga saiz utama (small, medium, large), menggunakan faux leather yang mesra vegan. Ia sangat popular dalam kalangan peminat streetwear dan gaya urban. Harga biasanya bermula sekitar RM700 hingga RM1,200.
3. Longchamp – Le Pliage Tote
Le Pliage dari Longchamp ialah totebag klasik Perancis yang terkenal dengan reka bentuk boleh lipat, ringan dan praktikal. Ia diperbuat daripada gabungan nilon tahan lasak dan kemasan kulit asli pada pemegang. Sesuai untuk gaya kasual elegan atau travel, beg ini mudah digayakan dengan pakaian harian yang ringkas. Harga bermula sekitar RM550 dan boleh mencecah lebih RM1,500 untuk edisi khas.
4. Coach – Field Tote & Willow Tote
Totebag Coach menampilkan gaya klasik Amerika dengan sentuhan moden. Field Tote lebih kasual dan berstruktur, manakala Willow Tote lebih feminin dan polished. Kedua-duanya diperbuat daripada kulit asli atau gabungan canvas signature dan kulit. Sesuai untuk gaya smart-casual ke pejabat atau event semi-formal. Harga anggaran antara RM1,200 hingga RM2,800.
5. Dior – Book Tote
Dior Book Tote adalah simbol fesyen mewah dengan reka bentuk segi empat tepat dan cetakan Dior Oblique yang ikonik. Diperbuat daripada canvas sulaman berkualiti tinggi, beg ini sering dilihat digayakan dengan pakaian resort atau travel chic. Harga bermula sekitar RM12,000 ke atas, menjadikannya antara yang paling eksklusif dalam senarai ini.
6. Prada – Re-Nylon Tote
Prada Re-Nylon menonjol dengan rekaan sporty, clean dan eco-conscious. Beg ini menggunakan bahan nilon kitar semula berkualiti tinggi yang tahan air dan ringan. Ideal untuk gaya aktif atau minimalist – sangat sesuai untuk urban professionals dan pelajar. Harga bermula dari RM4,000 ke atas Re-Nylon Tote trending kerana gabungan fesyen dan kelestarian, perintis dalam penggunaan bahan mesra alam dalam high fashion.
7. Alo Yoga – Oversized Tote
Gaya sporty-luxe yang digemari selebriti Hollywood , totebag dari Alo Yoga disukai oleh peminat gaya athleisure dan aktif. Diperbuat daripada nylon tahan lasak atau gabungan waterproof polyester, beg ini besar dan ringan – sesuai dibawa ke gym, yoga class, atau airport. Rekaannya sleek dan moden, dengan warna neutral yang versatile.