Uniqlo kali ini berkolaborasi bersama Anya Hindmarch, mencipta koleksi sempena musim sejuk – An Eye for Curiosity Winter 2024
Jenama global, Uniqlo mengumumkan pelancaran Koleksi Musim Sejuk 2024 UNIQLO x ANYA HINDMARCH, An Eye for Curiosity. Koleksi ini menggabungkan keunikan seni kraf Anya Hindmarch, semangat ceria dan fungsi praktikal Uniqlo. Rekaan musim ini direka dengan penuh perhatian untuk mencetuskan senyuman di wajah pemakainya.
“Saya sangat menikmati bekerjasama sekali lagi dengan Uniqlo, terutamanya dengan koleksi pakaian knits dan outerwear mereka yang ikonik. Sekali lagi, kami bermain dengan siluet mereka; mendekonstruksi dan membina semula menggunakan jahitan tampalan, corak rajutan unik, dan perincian yang tidak dijangka. Kami mencipta rekaan istimewa yang sentiasa diselitkan dengan elemen keseronokan.” – Anya Hindmarch