Trend ‘athleisure’ kekal dihasilkan and it’s not going anywhere yet. Konsumer zaman sekarang masih suka dan dambakan koleksi pakaian yang bersifat kesukanan, atas dasar selesa dan kecemerlangannya mengimbuhi gaya jalanan.
Kolaborasi fesyen yang kreatif, BOSS bersama Russell Athletic telah berjaya dilancarkan pada anjuran parti yang diadakan secara maya di New York. Muda, segar dan berestetika-gambaran sempurna yang memerihalkan koleksi BOSS X Russell Athletic. Bersifat uniseks, menerokai citra kesukanan pada tiap rekaan yang terkandung.
Sifat ‘athleisure’ yang signifikan buat Russell Athletic diperhebatkan lagi dengan aspek tailoring Hugo Boss, maka terhasillah satu koleksi perdana BOSS X Russell Atheletic. Parti bertempat di Gotham Hall, New York, menyaksikan barisan model lelaki dan perempuan yang berbeza rupa dan identiti, disatukan dalam satu persembahan fesyen yang berkonsepkan dance and hip hop di gelanggang bola kerangjang. Menguatkan lagi inspirasi sukan yang membentuk koleksi BOSS X Russell Atheletic.
Kempen iklannya juga memiliki konsep yang sama seperti konsep parti pelancaran, model-model berhimpun ibarat satu pasukan pemain bola keranjang. Muzik hip hop dijadikan rentak yang mengiringi kempen, lalu menyimbolkan DNA sebenar Russell Athletic. Yang telah sekian lama, mengangkat muzik dan arus fesyen hop hop sebagai inspirasi utama dalam rekaan yang ditawarkan.
Model-model yang dibentuk seperti pemain bola keranjang, menampilkan wajah-wajah semasa, antaranya Bella Hadid, Lucky Blue Smith, Precious Lee dan Keith Powers beraksi dalam rekaan BOSS X Russell Athletic. Masing-masing menyarung rekaan BOSS X Russell Athletic, merangkumi hoodies, kemeja T, seluar jogger, sut merah jambu, jaket utiliti, kardigan, sniker dan topi yang menegapkan siluet sukan.
Palet warna lembut, seperti pastel merah jambu dan biru, margenta, biru navy, diperkayakan skala tenaganya. Lantas, memberi satu interpretasi baharu trend fesyen lelaki dan wanita. Tampil cozy and stylish dalam koleksi BOSS X Russell Athletic sepanjang musim ini. Koleksi ini boleh didapati di butik Hugo Boss Pavilion KL bermula 22 April 2021.
Artikel berkaitan: LOEWE Paula’s Ibiza 2021, Fokus Idea Eskapisme