Lain daripada sebelum ini, Longchamp LGP merupakan karya monogram terkini yang cukup fun seakan Kendall Jenner.
Tidak langsung berlandaskan peraturan monogram yang sebenar, tetapi Longchamp LGP tampil berani dengan identitinya yang tersendiri. Ia seakan sembilan abjad kelihatan lebih bertenaga, ceria, bertindih dan saling berkaitan. Komposisi grafiknya mungkin lebih ke arah Bauhaus, namun efek yang berjaya mencuri perhatian ramai adalah lebih menjerumus ke arah Andy Warhol.
Sejak debut teaser koleksi ini di pertunjukan fesyen Longchamp's New York pada Februari lalu, Longchamp LGP kini akhirnya bakal menerpa pelusuk fesyen jalanan tidak lama lagi. Pastinya ia akan menjadi item fesyen paling perfect untuk gaya hidup penuh urban masa kini dengan koleksi tas tangannya, aksesori dan ready-to-wear serta banyak lagi pilihan unisex lain.
Beg
Le Pliage® LGP
Bercirikan cetakan monogram penuh yang dicetak di atas totes nylon ikoniknya serta beg kembara, termasuklah beg galas sleek, fanny pack dan pouch serba-stail yang mana boleh di bawa secara vertikal mahupun horizontal.
Le Pliage® Cuir LGP
Mempunyai cetakan monogram di atas material kulit yang lembut seakan mentega, berserta dengan pemegangnya, satu bentuk baharu yang versatil untuk tote vertikal dengan penyandang panjang.