Setiap tahun pabila sambutan Halloween tiba, pastinya ramai selebriti yang tampil ke parti-parti yang dianjurkan dengan kostum yang menarik perhatian ramai.
Lupakan kostum hantu dan ahli sihir yang tipikal. Sambutan Halloween bagi mereka yang menyambutnya pada tahun ini sebenarnya lebih ke arah menggayakan kostum inventif.
Ratu Halloween, Heidi Klum menerima gelaran selebriti yang tampil paling kreatif pada keraian kali ini. Boleh kata ramai lagi selebriti lain yang tidak dinafikan tampil gah dengan kostum Halloween masing-masing.
Amal Clooney
Amal Clooney mengenakan dress sequin rekaan Halpern ke parti Casamigos Halloween.