Satu lagi Halloween berlalu, para selebriti benar-benar komitmen dengan tema seram tahun ini, menonjolkan usaha untuk menghayati watak-watak kegemaran, baik yang nyata mahupun fiksyen.
Pada Halloween 2024, perhatian tertumpu kepada kostum Halloween selebriti yang mendorong sempadan kreativiti dan imaginasi. Antara penampilan yang mencuri perhatian semestinya ratu Halloween, Heidi Klum yang sekali lagi mengagumkan dengan kostumnya sebagai E.T.
Kim Kardashian juga menarik perhatian sebagai Alligator Albino, memikat peminat dengan penampilan terperincinya dan pandangan di sebalik tabir proses transformasinya. Perayaan tahun ini adalah bukti komitmen para selebriti terhadap Halloween, dengan setiap kostum menceritakan kisah unik dan meninggalkan kesan yang mendalam.
Heidi Klum dan Tom Kaulitz
Heidi Klum terkenal dengan pesta Halloween tahunan dan kostum luar biasa yang dipakainya untuk acara tersebut. STahun ini, untuk edisi ke-23 acara itu, Heidi dan suaminya, gitaris Jerman Tom Kaulitz, berpakaian sebagai E.T., makhluk asing dari filem klasik Steven Spielberg tahun 1982.
Kostum Heidi dilengkapi dengan jari telunjuk yang bercahaya di tangan kiri, seperti watak asal, dan wig rambut blond yang sepadan dengan rambutnya.
Alix Earle
Alix Earle berpakaian sebagai Kucing Cheshire semasa menjadi tuan rumah pesta Halloween 2024, dan dia tampil dengan komitmendan comel.. “Saya sebenarnya tidak tahu bagaimana Kucing Cheshire akan berkelakuan, tetapi saya bersedia untuk itu. Tahun lalu, saya berpakaian sebagai Madonna dan itu sangat gila.” kongsi Alix.
Megan Thee Stallion
Megan memperkenalkan kostum itu di Instagram dengan satu pos khusus yang memanggil dirinya “Starfire Thee Stallion.” Dia mengenakan bodysuit ungu seperti watak DC Comics tersebut.
Alex Cosani
Sebagai ‘angel‘ Victoria’s Secret yang baru, kostum Halloween Alex Consanisemestinya mempunyai elemen lingerie. Namun, sebagai salah satu TikTokers yang paling lucu dan sering viral, sudah tentu ia datang dengan sentuhan yang unik.
Malam Halloween, model ini menghadiri pesta Halloween tahunan Heidi Klum berpakaian sebagai Gru seksi dari Despicable Me.
Kim Kardashian
Kim Kardashian juga memang Halloween ini apabila dia bertukar menjadi Alligator Albino. Dia juga berkongsi klip di sebalik tabir mengenai proses pembuatan penampilannya dan transformasinya.
Selena Gomez dan Benny Blanco
Bersama teman lelaki Benny Blanco, Selena Gomez menghayati watak Alice in Wonderland dengan kostum Halloweennya. Sementara itu, Benny berpakaian sebagai Mad Hatter.
Chase Stokes dan Kelsea Ballerini
Kelsea Ballerini dan Chase Stokes hadir ke pesta Halloween dengan kostum Halloween pasangan yang diilhamkan oleh “Grease.”
Pasangan ini menghadiri pesta Halloween tahunan Heidi Klum di New York City pada 31 Oktober dengan mengenakan kostum watak John Travolta dan Olivia Newton-John dari filem 1978, Danny dan Sandy.
Elsa Hosk
Secara tidak langsung, Elsa Hosk juga memenangi Halloween. Bekas ‘angel‘ Victoria’s Secret dan pengasas Helsa ini menghidupkan kembali salah satu momen fesyen paling terkenal dalam sejarah, yang segera menjadi viral semalaman.
Influencer Sweden ini bertukar menjadi Puteri Diana untuk pesta seram itu, memberikan penghormatan kepada gaun ikonik ‘revenge dress’ mendiang diraja, yang dipakai pada pesta Vanity Fair 1994 di Serpentine Gallery, tidak lama selepas Raja Charles mengakui secara terbuka tentang kecurangannya.
Charlie D’Amelio
Charli D’Amelio melangkah di karpet merah pesta Halloween tahunan Heidi Klum dengan penggayaan semula alter ego gelap Natalie Portman dalam “Black Swan.” Bintang media sosial ini mengenakan tutu hitam dengan atasan tanpa lengan yang sepadan.
Dia juga mengenakan tiara yang mencerminkan tren glamor gelap untuk melengkapkan kostumnya.
Leni Klum
Leni tampil sebagai alien yang anggun dan seksi, penghormatan yang sesuai kepada reputasi Halloween ibunya yang sudah lama terjalin.
Kostumnya merupakan gabungan mencolok antara edgy dan extraterrestrial, dengan legging hitam, but tinggi hingga paha, dan korset, semuanya dalam warna hitam yang anggun. Dia mengembangkan penampilannya dengan mengecat seluruh tubuhnya putih, dilengkapi dengan wig putih, antena, dan prostetik wajah yang memberikannya nuansa luar biasa.
Megan Fox dan MGK
Megan Fox dan Machine Gun Kelly mengambil inspirasi dari royalti Star Wars untuk Halloween tahun ini.
Megan Fox, hadir sebagai karakter Ratu Padmé Amidala dalam filem Star Wars: Episode 1 — The Phantom Menace (1999) serta sekuel-sekuelnya pada 2003 dan 2005.
MGK pula mengenakan kostum sebagai suami Padmé Amidala, Anakin Skywalker dalam filem tahun 2002, 2005, 2019, 2022, dan 2023. Rapper “Bad Things” ini tampil dengan pakaian Jedi coklat yang lengkap dengan wig panjang berwarna coklat dan lightsaber yang bercahaya.
Nicole Scherzinger
Scherzinger tampil dengan tema meta untuk kostum Halloween 2024. Bekas anggota Pussycat Dolls ini kelihatan seolah-olah baru sahaja melangkah keluar dari pentas Broadway dan terus ke karpet merah pesta Halloween 2024 Heidi Klum, mengenakan penampilan terakhir yang dramatik dari peranannya sebagai Norma Desmond dalam “Sunset Blvd” karya Andrew Lloyd Webber. Scherzinger mengenakan gaun slip hitam yang ringkas dan tubuhnya dilapisi dengan darah palsu di dadanya, dengan maskara yang mengalir di pipinya.